tazkiyatun nafsi

kecantikan seorang wanita...

salam..hari ni byk spend time lyn tenet n borak2 n kaco my bezpren ler..hehe...nk wat cmne kn..memg jnis suka ngaco org....ceriakn idup orang..emm...btw dok lyn tenet sjela find pasal rahsia mcm2 la kn...tp trtrik ngn satu post kat blog sapa ntah ni...pasal wanita..of course da kena ngena la..sebb aku pn segolongan gak..ntah wanita ke x lg aku ni kn...sebb aku pn xtau bila masa nk guna istilah wanita n perempuan..hahaha...n yg dicondongkn 2 adalh kmen aku sndr...hehe

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya. (yg ni memg trbukti di dlm Quran..khas untuk pmpuan la...Surah An-Nur ayat 31)

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin. (blum menemui soulmate la lbh kurg kot)

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya. (ntahler..nant pas kwin komen len)

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita. (mata 2 kan ke punca fitnah..)

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami. (mngkinla...plh suami mn leh main2 kn melainkn krn nafsu)

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya. (bg org yg btol2 phm apa tu kcntikan...lelaki2 d luar sana..sila amek prhatian..) :)

11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, dia hafal seluruh pertanyaan. (its all about promises ler..tp.umgkit mgungkit 2 xbaik ler beb...sabar 2 lbih pnting...bykkan sesi luahan.lau puas hati trus gtau...n trime ngn ati trbuka...n baiki kesilpn kita or dia pn sma ler...)

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan. (d sblik kjayaan seorg lelaki adanya seorg prmpuan brsmanya)

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis. (wanita dan air mata xdpt dpisahkan)

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya. (wanita=penyayang)

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.(sekasar2 pmpuan mana2 pun tetp ada lmbutnya..hehe)

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya. (how they manage their feeling...)

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya. (isteri solehah)

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti. :)

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan. (sumenya sama je..sma2 pmpuan..fizikal 2 xkekal..bila2 masa je Allah leh tarik nikmat cntik 2 kn)

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami. :)

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki
mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan. ntahler...hehe

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami. (wanita2 d luar sn..elak cmburu buta..laki2 rimas nant.hehe)

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya. (wanita lain kot..aku rasanya x kot..)

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.
(wanita susah wat plhn sebb trdorong oleh perasaan lbh dr bnda lain..)

thats all 4 today...c u next time..nk siapkn assgnment lak..daa..salam

0 comments:

Related Posts with Thumbnails