tazkiyatun nafsi

P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N

Salam zulhijjah buat sume..

alhamdulillah..dah smpai rumah n dh stay kat umah sebulan dh pn..hehe...tb2 dtg idea nk cakap psl pngorbanan ni..em...first let me describe on my own mord about this



P-perasaan

E-emosi

N-naluri

G-gangguan

O-otak

R-realiti

B- bermakna

A-akan datang

N-nasib

A-agama

N-nyawa

hem...describe 2 ikut otak je...sebb aku rasa pe yg aku describe sume 2 memg da kaitan ngan pengorbanan 2..sebab ia melibatkan perasaan,emosi,dan sebagainya yg aku dh tulis kat atas 2.....

knp setiap org slal ungkitkan tntg pngrbanan yg dia buat??? kdg2 smpai ada yg ngalah n putus asa n ketepikan sumenya...sebab pngorbanan ni memg mamat berkait ngna perasaan di mana ia akan menggangu otak kita bila kita asyk trpkir je kan...

knapa aku yg sntiasa berkorban untuk org lain?? knp aku xdpt apa2 atas blsn pngorbanan yg aku lakukan? knp org lain xrealise tntg pngrbnan aku??knp mesti aku yg brkorban?
2 la persoalan yg sering timbul di benak hati seorang manusia yg snts berkorban...
kadang-kadang kita kena berkorban untuk dptkan sesuatu...cntohnya nk success lam exam...n plg utama keredhaan Allah la kn...
then berkorban untuk ibu bapa...kdg2 maka ayah ni lbhkn anak2 lain kn..kita ni wat xtauje...kita sbg anak kenala trime seadanya...2 kan maka yah kita...manusia ni memg sush nak berlaku adil....dh nama manusia kn....nant kita jd ibu bapa pn mcm 2 jugk...jgn pk pndek...n igt setiap pngrbanan kita 2 ada blasannya nant...akhirat nant...
lau korban cinta...aku mls sgtla nk cte....cinta2 ni...dh xde jdoh...yg pntg redha mak bapak...2 je la kn...n aku not in da mud la nk ckp psl jodoh cinta sume ni..hehe..
apa pn..pngorbanan ni sbhgn daripada kehidupan seorang muslim yg mendambakan kebahagiaan dunia dan akhirat...kita berkorban di dunia untuk kebahgaiaan di akhirat...
ingat..janji Allah itu pasti...

jgn dipersoalka lagi tntg pngorbanan kerana pasti Allah membalasnya suatu hari nant... :)
"Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa,(namun) barang siapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang menjahatinya)Maka pahalanya ditanggung Allah (karena mulianya).Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang berbuat zalim".(QS. Asy-Syura: 40)

gastrik

salam...kali ni terasa nak posting pasal kesihatan lak..sebab tgk ramai sgt member2 yg pulun nk study smpai abaikan bab makan..n amatlah popular penyakit ni bila msuk universiti....lau wat survey rasa lbh dari stgh kot prg dpt pnyakit ni bila masuk u...so...jm baca artikel ni...adapted from: http://emjayjb.multiply.com/journal/item/44?&item_id=44&view:replies=...

GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif
Semakin hari kini semakin ramai orang yang menghidap penyakit gastrik.
Untuk mengetahui apa dia penyakit gastrik menurut pandangan doktor serta punca, sila rujuk laman berikut http://161.139.39.251/akhbar/health/1996/mm96a06.htm yang dijelaskan oleh DR. AMINUDDIN AHMAD. Berikut adalah antara petikannya::
TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.
Bagaimanapun, katanya pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .
Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.


Menurut dr Aminuddin lagi:
PUNCA GASTRIK

Merokok
Meminum minuman beralkohol
Jangkitan bakteria helicobacter pylori
Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
Gaya hidup yang tertekan (stress)
Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik.
Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.


Tambah beliau lagi:
TANDA-TANDA GASTRIK
Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
Pada laman web berikut juga boleh diperolehi maklumat berkaitan penyakit gastrik:: http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik5.html
Dari bahan-bahan penulisan ini bolehlah saya rumuskan penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis sebagai:
Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.


Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.


Berikut adalah pandangan berkaitan penyakit gastrik yang diturunkan oleh arwah guru saya:
Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.


Tanda-tanda penyakit gastrik:
Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.


Rawatan penyakit gastrik:
Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
Elakkan makan terlalu kenyang
Elakkan cuka, makanan yang pedas
Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
so kwn2..jgn sebb pk study..tkut gemuk...xmkn..ksihtn kna jugk jaga..diet2 jugk..study2 jugk..lau skit xde mknanya jugk..jgn membebnkn org lain n diri sndr k..
ilalliqo' ma'assalamah... :)

Related Posts with Thumbnails