tazkiyatun nafsi

Showing posts with label as-sirat. Show all posts
Showing posts with label as-sirat. Show all posts

~Na!n t! n@!N~

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman:-

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

02. Sabar apabila mendapat kesulitan;

03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

08. Jangan usil dengan kekayaan orang;

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;

14. Jangan goyah karena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan shalat malam;

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyak silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap yang tidak berguna;

61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan;

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita negatif yang berkaitan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merosakkan;

99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

BACALAH JIKA ANDA ADA MASA UNTUK ALLAH!!

Assalamualaikum saudaraku

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.

Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini... Lebih lebih lagi diwaktu kerja.


Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini


Kita cuba menyimpan ALLAH didalamMASJID pada hari Jumaat .......


Muingkin malam JUMAAT?


Dan sewaktu solat MAGRIB SAJA?


Kita suka ALLAH pada masa kita sakit.....


Dan sudah pasti waktu ada kematian...


Walau bagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja atau bermain?


Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus sendiri tanpa bergantung padaNYA.


Semoga ALLAH mengampuni aku kerana menyangka......


Bahawa nun di sana masih ada tempat dan waktu dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)


Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta. RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!


Ya aku CINTA ALLAH


Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku


IA lah yang menggerakkan ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah HAMPAS yang tak berguna.


Ini adalah ujian yang mudah.


Kalau anda benar meyintai ALLAH dantidak berasa malu akan segala kebaikan yang telah diberi ALLAH kepada mu....

Kirimkan kepada orang .


Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?


Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.


Susah….... Senang


Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?


Kenapa mengantuk dalam MASJIDtetapi sebaik saja selesai ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward' kanemail yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.

Solat adalah yang terbaik....


Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.


Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAKBeriman PADA ALLAH setelah itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.


Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes' in ALLAH).

Tidakkah melucukan bagaimana anda mampu hantar ribuan email lawak yang akhirnya tersebar bagai api yang tidak terkawal., tetapi bila anda hantar email mengenai ISLAM, ramai orang fikir 10 kali untuk berkongsi?


Tidakkah melucukan bagaimana bila anda mula menghantar mesej ini andatidak akan menghantar kepada semua rakan anda kerana memikirkan apa tanggapan mereka terhadap anda atau anda tak pasti samaada mereka suka atau tidak?.


Tidakkah melucukan bagaimana anda merasa risau akan tanggapan orang kepada saya lebih dari tanggapanALLAH terhadap anda.


Aku berDOA, untuk semua yang menghantar mesej ini kepada semua rakan mereka di rahmati ALLAH.

terburu2 n gopoh

Salah satu di antara sifat atau tabiat semula jadi manusia
ialah bersifat gopoh. Ini jelas telah dinyatakan oleh Allah
Taala melalui Al Quran yang berbunyi:
Maksudnya: “Dijadikan manusia itu bersifat terburuburu
atau gopoh-gapah.” (Al Anbiya’: 37)

Ini juga salah satu di antara ujian kepada manusia, apakah
dia berjaya atau tidak mendidik dan mendisiplinkan diri agar
menjadi manusia yang tenang. Orang yang gopoh akan sentiasa
gelisah dan resah lebih-lebih lagi jika dia ditimpa ujian.
Ujian bagi golongan bawahan antaranya miskin, orang tidak
peduli atau orang benci. Ujian golongan biasa, seperti ada saingan
dalam merebut jawatan, dilucutkan jawatan, rugi dalam perniagaan
atau tidak lagi dilantik menjadi menteri dan sebagainya.

Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah
dengan nafsu yang gopoh-gapah dan gelojoh, maka benih gopoh
semula jadi yang Allah cipta dalam diri manusia itu ibarat benih
pokok. Ia akan bertunas, berdaun, berbatang yang akhirnya
membesar, subur lalu berbuah. Di waktu itu sifat gopohnya
benar-benar berakar umbi dan mendarah mendaging di dalam
diri manusia hingga menjadi tabiat, sikap dan seterusnya menjadi
budaya hidupnya.


MERBAHAYANYA SIFAT GOPOH

Sifat gopoh pada seseorang itu jika dibiarkan tidak dididik dan
tidak diasuh sejak kecil hingga terbiar sampai dewasa bahkan
sampai ke tua, maka sifat gopoh itu sangat merosakkan pada
empunya diri dan juga orang lain.

Di antara kejahatan dan keburukannya yang timbul dari sifat
gopoh itu ialah:

1. Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa
berfikir lebih dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak
tersalah. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barang siapa yang percaya dengan Allah
dan Hari Kemudian maka hendaklah bercakap yang baik atau
diam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. Dalam perbualan dan perbincangan, mudah sahaja memotong
cakap orang. Ramai orang tersinggung, banyak orang
benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa
perpecahan yang lebih besar lagi.

3. Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih
dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang
boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak
jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.

4. Mudah menuduh atau menghukum, akibatnya selalu sahaja
tersalah. Banyak orang yang terfitnah dengan sebab kegopohan
kita. Sedangkan fitnah itu mengikut Islam lebih
dahsyat daripada pembunuhan. Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari
pembunuhan.” (Al Baqarah: 191)
Teraniayalah orang yang difitnah itu. Kalau mereka tidak
sabar atau gopoh pula, dia akan menyerang kita. Seterusnya
memusuhi kita atau kita terheret ke mahkamah.

5. Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, menyerang
orang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan dari
kejahatan di dalam bermasyarakat. Selepas itu akan berlaku
dendam-berdendam. Mungkin nanti masing-masing
membawa klik atau mengumpul kawan-kawan masingmasing.
Maka kerosakannya lebih besar lagi.

6. Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu.
Padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa
kita dan seterusnya hilang keyakinan orang.

7. Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah
jemu membuat kerja yang baik, kalau lebih berat lagi mudah
putus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWT
seperti dalam firman-Nya:

Maksudnya: “Tiada yang berputus asa dari rahmat Allah
melainkan kaumnya yang kafir.” (Yusuf: 87)
Maksudnya: “Jangan kamu berputus asa dari rahmat
Allah.” (Az Zumar: 53)
8. Orang yang gopoh makin tidak tenang hidupnya kerana
selalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang merugikan
dan menyusahkan hati.

9. Dengan sifat gopoh yang ada pada seseorang itu, orang lain
tidak suka berkawan. Orang takut berkawan kerana adakalanya
kalau dia marah, mendadak sahaja tanpa munasabah,
sekalipun pada kawannya, isteri atau anak-anaknya
lebih-lebih lagi yang bukan kawannya.

10. Sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu
kerja itu tanpa mengkaji lebih dahulu. Bahkan mudah sahaja
meninggalkan sesuatu kerja itu lebih-lebih lagi bila terasa
kerja itu susah dan berat, iaitu kerja akan terbengkalai dalam
kehidupan.

11. Sifat gopoh seseorang itu boleh membawa seseorang itu
melulu bertindak, mudah menjadikan musuh itu kawan,
dan juga mudah menjadikan kawan itu musuh. Segala
tindakan dan usaha-usahanya semberono, tidak berdisiplin,
tidak tersusun dan teratur.

12. Mudah menukar fikiran, mudah mengubah sikap, mudah
menukar prinsip, mudah dicucuk. Mudah dihasut dan melatah
hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiriannya.
Kalau di dalam satu perjuangan mudah menyebelah
musuh atau mudah memukul kawan seperjuangan, lebihlebih
lagi setelah kena uji. Ia sangat merbahaya di dalam
perjuangan.

13. Sifat gopoh itu selalu sahaja membuatkan seseorang menyesal
tidak sudah, sesal berpanjangan.

14. Gopoh itu termasuk akhlak yang buruk, perangai yang
hodoh, budi pekerti yang jelik, dibenci oleh Allah Taala,
Rasul dan seluruh makhluk.

15. Sifat gopoh pada seseorang itu menyebabkan dia mudah
atau cepat menolak kebenaran yang dibawa oleh orang lain,
tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan selidik.

16. Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang dan kontrol menjadikan
seseorang itu hilang sifat sabar atau menjadi orang
yang tidak sabar terutama bila diuji sama ada dengan nikmat
mahupun dengan bala.

PUNCA ATAU SUMBER SIFAT GOPOH

1. Punca atau sumber sifat gopoh itu benihnya adalah ciptaan
Tuhan semula jadi. Dia lahir sama-sama dengan tubuh kasar
manusia kemudian dibiarkan tanpa dididik hingga menjadi
subur.

2. Didorong lagi oleh sifat ego atau sombong sama ada disedari
oleh orang itu atau tidak, kerana sifat ego juga benihnya
juga telah Allah Taala cipta dari sejak lahir lagi, apatah lagi
didorong oleh faktor-faktor yang mendatang seperti ada
pangkat yang tinggi, kaya, ada kuasa dan lain-lain lagi.

3. Mungkin kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu
hati atau jiwa sama ada mahmudah mahupun mazmumahnya.
Ertinya hatinya atau jiwanya terbiar tanpa dapat
pimpinan dan didikan yang sempurna secara Islam maka
ia terdorong dari dalamnya.

4. Boleh jadi juga faham tentang ilmu hati atau jiwa tapi lemah
bermujahadah. Atau tidak bersungguh-sungguh bermujahadah
disebabkan lemahnya iman. Atau lemah akidah dan
tidak tahan godaan dari luar diri yang sentiasa mencabar
jiwanya.

5. Mungkin juga didorong oleh sifat-sifat tamak dan rakus atau
didorong oleh jiwa yang lemah, kerana lemahnya akidah
sekalipun di sudut ilmunya pakar akidah atau pakar tauhid,
tapi ilmu itu tidak dapat dihayati.

GOPOH MENJADIKAN MANUSIA MELULU

Sifat gopoh boleh menjadikan manusia itu tidak berdisiplin
hidupnya dalam segala tindak-tanduk dan sikapnya terutama
bila berhadapan dengan dua keadaan berikut:

Pertama: Apabila waktu senang atau mewah.
Di waktu mereka ada duit, hilang pertimbangan waktu berbelanja,
terlalu gopoh berbelanja. Dia beli apa sahaja, macammacam
dia beli, berfaedah atau tidak berfaedah, perlu atau tidak,
terutama jangan sahaja nampak barang atau benda yang dia suka
atau barang yang orang lain ada, dia akan beli. Nampak sungguh
macam orang kemarukan atau tidak siuman. Hilang rasional
sekalipun dia seorang berpelajaran, mendapat pelajaran tinggi,
berjawatan tinggi, berkedudukan penting di dalam masyarakat.
Akhirnya rumah macam muzium. Apabila sudah terlalu banyak
hingga tidak terurus, timbullah pembaziran. Maka kesenangan
tidak dapat dikongsi oleh orang lain.

Kedua: Apabila mendapat kesusahan seperti miskin, sakit, bencana
alam, kemalangan, di waktu itu mereka yang gopoh itu
nampak sangat melulu di dalam hendak menyelesaikan masalah
atau hendak mengatasi masalah. Keluh-kesahnya begitu ketara,
mukanya tidak ceria, maka mengadulah dia ke sana ke mari.
Dia tidak fikir orang suka atau tidak suka, sesuaikah orangnya
tempat mengadu atau tidak, orang itu simpati atau benci, dia
akan menceritakan masalahnya, dia akan luahkan perasaannya.
Dia tidak kira orang itu jemu atau tidak jemu mendengarnya,
setiap kali berjumpa mesti bercerita tentang masalah walaupun
sebelum ini entah berapa kali sudah diceritakan kepada orang
itu namun dia tidak jemu-jemu bercerita masalahnya.

Kalau hendak mengatasi kemiskinan hingga membuat
perkara yang tidak patut, hingga menimbulkan masalah yang
lebih kusut lagi seperti berhutang di sana, berhutang di sini, hingga
hutang di sekeliling pinggang. Begitu juga kalau sakit, apabila
berjumpa sahaja ubat di mana-mana dia mesti beli, digunakan
atau tidak dia tidak kira, yang penting beli. Padahal apabila
sudah dibeli sekali dua sahaja digunakan atau dimakan. Kemudian
beli lagi ubat yang jenis lain pula. Begitu sekali gopoh membeli
ubat. Itu boleh tahan, setengahnya jumpa bomoh, sami,
berubat dengan cara yang menyalahi syariat, bersandar dengan
Tuhan langsung tidak ada, Tuhan terus dilupakan, Tuhan tidak
ada di dalam jiwanya. Dia rasa segala masalahnya boleh diselesaikan
oleh usahanya, hingga terlalu bersandar dengan usaha,
hilang disiplin diri. Bila hilang disiplin nampaklah melulunya
tindak-tanduknya hingga hilang pertimbangan akal fikirannya.

BAGAIMANA MENGUBAT PENYAKIT GOPOH?

Sebelum ini telah kita katakan bahawa penyakit gopoh itu kerana
jiwa tidak tenang. Tidak tenang disebabkan oleh sifat ego, tamak,
tidak faham perjalanan hati atau jiwa, membiarkan sifat gopoh
semula jadi itu hingga menjadi subur hingga jiwa menjadi
kosong. Kosong daripada menghayati tauhid atau kosong menghayati
akidah. Sekadar ada ilmu akidah, boleh jadi ilmu akidah
pun tidak ada, lebih-lebih lagilah teruknya.
Ertinya iman sudah tidak ada atau telah lemah maka Tuhan
sudah tidak ada di dalam kamus hidupnya. Tuhan bukan tempat
sandaran lagi, Tuhan tidak lagi menjadi tempat rujuk, Tuhan
tidak lagi dijadikan penyelesai segala masalah. Maka timbullah
jiwa tidak tenang. Apabila tidak tenang datanglah sifat gopoh.
Oleh itu untuk menghilangkan gopoh kenalah tenangkan jiwa
atau hati.

..::SuJuD::....

Sujud lega sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

1. membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. melegakan sakit hernia. (burut)

4. mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

7. kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

8. meringankan bahagian pelvis.

9. memberi dorongan supaya mudah tidur.

10. menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

11. pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

12. bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

13. mengurangkan kegemukan.

14. pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

15. organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16. mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

wanita..jgnla kau beralasan lagi..

السلام عليكم
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Seringkali, umat kufar tak suka & menghina muslimah yg bertudung/jilbab, bahkan selalunya mereka berlaku tak adil pada muslimah itu, meski di kerajaan/negeri dengan mayoriti Islam.

Ada pulak Islam Liberal, dengan mengaku muslim tapi membenci Islam, mengatakan jika tudung/jilbab itu tak wajib, rambut itu bukan aurat, demi kebebasan wanita, hak azasi dan hal lainnya.

Kita tak payah risau dengan segala celaan orang yg mencela, kerana dia orang kufar lah yg tak membaca alkitab christian mereka dengan hati kecil mereka yg jujur.

Jika tudung benar, apa buktinya???
Jika tudung salah, apa buktinya???

Tudung/jilbab pun diwajibkan oleh alkitab christian. Sy cakap seperti ini bukan menurut hati sy, tapi sy selalunya cakap dengan BUKTI TERKUAT, yaitu dari kitab masing-masing agama kerana kitab itu diakui "katanya" sebagai perkataan TUHAN.

Tudung muslimah pun diwajibkan oleh alkitab christian.

1 Korintus 11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka HARUSLAH IA MENUDUNGI KEPALANYA.

11:7 Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya: ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan laki-laki.

11:8 Sebab laki-laki tidak berasal dari perempuan, tetapi perempuan berasal dari laki-laki.

11:9 Dan laki-laki tidak diciptakan karena perempuan, tetapi perempuan diciptakan karena laki-laki.

11:10 Sebab itu, PEREMPUAN HARUS MEMAKAI TANDA WIBAWA DI KEPALANYA oleh karena para malaikat.

11:11 Namun demikian, dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa laki-laki dan tidak ada laki-laki tanpa perempuan.

11:12 Sebab sama seperti perempuan berasal dari laki-laki, demikian pula laki-laki dilahirkan oleh perempuan; dan segala sesuatu berasal dari Allah.

11:13 Pertimbangkanlah sendiri: PATUTKAH PEREMPUAN BERDOA KEPADA ALLAH DENGAN KEPALA TIDAK BERTUDUNG?

Ayat diatas diambil dari surat pertama Paulus kepada jemaat di korintus.
Tapi ajaran yg sudah hilang, ditinggalkan & tak diikuti lagi oleh ummat terdahulu, dimurnikan lagi oleh ALLAH dalam Qur'an:

Qs.33 Ahzab:59. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya KE SELURUH TUBUH MEREKA". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Qs.24 Nuur:31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Qs.24 Nuur:60. Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.

Qs.7 A'raaf:26. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Dan kenyataannya, ummat Islam-lah yang mengamalkan kewajiban tersebut sehingga masa ni. Lalu, jika tudung/jilbab diwajibkan oleh alkitab christian, mengapa mereka membenci muslimah bertudung?

Bagi saudari muslimah yg belum bertudung, mari kita bertudung, apa mau ditunggu lagi??? Ramai muslimah cakap belum siap, masih merasa tak baik, dan lainnya. Jika kena tunggu baik, maka sampai mati pun tak kan pernah merasa baik kerana manusia akan selalu merasa berdosa kerana kesilapan di masa lalu, kita ni manusia memiliki nafsu, bukannya malaikat yg selalu berbuat benar kerana tak ber-nafsu.

Dan bagi saudari muslimah yg sudah bertudung, mari perpaiki tudung kita dengan MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADA & MENGULURKAN KERUDUNG KE SELURUH TUBUH seperti yg perintahkan oleh ALLAH (bukan diperintah oleh manusia) dalam Qur'an.

Bagi saudari yg tudungnya sudah baik, mari kita ajak sekitar kita, rakan & saudari kita untok bertudung sahaja dahulu. Untok awal pertama, tak payah menutupi dada pun tak apa. Semua kena dilakukan bertahap, pelan-perlahan.

Secara logic pun seharusnya mereka berfikir, Ibunda Nabi Isa AS pun selalu digambarkan dengan bertudung, kenapa mereka tak ikuti suri tauladan yg dicontohkan oleh Ibu "Tuhan"???

Seumur hidup sy belum pernah tengok Bunda Maria tak bertudung, musti dan selalunya digambarkan guna tudung. Sy heran... ^_^

Perempuan ialah godaan iblis yg termasok besar sangat. Ditengok dari segi akhlak & sopan santun pun, setan lagi mudah & senang menggoda melalui wanita.

Dengan menggunakan tudung/jilbab, maka akan menjaga pandangan para bapak-bapak, anak-anak kecil & dewasa.

Bayangkan sahaja jika perempuan dengan baju ketat, pinggang nampak sangat,pantat bergoyang sana goyang sini,betis putih mulusss, paha menggoda... wow... @_~

Menurut Nabi Isa AS, melihat sahaja sudah termasok zinah:

Matius 5:28 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya.

Tudung/jilbab justru untok meninggikan derajat wanita & menjaga keselamatannya. Pernah tengok kah ada lelaki hidung belang menggoda muslimah bertudung baik?

tapi jika ada perempuan dengan pusar nampak, punggung pun terlihat, belahan dada menyembul... wow... @_~... ini wajib dikejar... dirayu... disentuh sikit... jika tak marah, diraba... lalu digandeng, jika masih tak marah, direngkuh. Dan bukan tidak mungkin jika dirogol atau diperkosa!

Untok soalan perkosa ini, sebetulnya ramai pulak ayat tentang perkosa dalam alkitab christian, tempo hari sudah dibuka "sikit" oleh saudara Luqman... ^_^ ... 350 ayat! Insya ALLAH kita kena bahas lain masa.

Sekarang ni, mari kita tengok soalan tudung sahaja.
Ini buktinya jika wanita berjilbab itu justru dilindungi & diangkat derajat:

1 Korintus 11:10 Sebab itu, PEREMPUAN HARUS MEMAKAI TANDA WIBAWA DI KEPALANYA oleh karena para malaikat.

QS.33:59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, KARENA ITU MEREKA TIDAK DIGANGGU. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kita sebagai orang timur yg ramai beragama muslim, tentu tak pantut jika kita tak jaga sopan santun. Dan jika kita berbicara akhlak & sopan santun, maka tak boleh menurut manusia / sekumpulan manusia.

Kenapa? kerana akhlak sekumpulan manusia setempat sini tak sama dengan tempatan lain.

Saya bagi contoh sahaja: Seorang perempuan, tak bagus akhlaknya jika ia datang ke rumah kepala kampong dengan menggunakan bikini sahaja. Akan tetapi di negara barat, ada ramai tempat yg kita tak boleh mengenakan kain selembar pun ditubuh, jika tak telanjang, maka tak boleh masok ke tempat-tempat itu.

Itu budaya yg justru merendahkan kaum wanita, tapi mengapa justru mereka yg fitnah Islam membatasi Hak Azasi wanita dengan jilbab? Padahal itu ialah budaya yg tak tahu malu & tak ber-adab!

Jadi akhlak & sopan santun itu menurut agama, bukan menurut orang atau sekumpulan orang, kerana budaya setempat tak sama dengan budaya tempatan lainnya.

Tudung... atau Jilbab...
Jika memang benar, apa buktinya?
JIka memang salah, apa buktinya?

Dan... ISLAM TERBUKTI BENAR...!!!

Macam mana dengan para christian?
Apakah masih meng-ingkari ayat WAJIB bertudung dalam alkitab di tangannya sendiri???
-------------------
Janganlah ber-ibadah cuma untok diri sendiri sahaja, sedang ramai disekitar kita berkata "Semua agama itu baik", "Semua agama itu benar".

Sila copy paste & yg paling utama ialah menyebarkan & bagi tahu rakan + saudara lain guna email, picture post, wall post, TAG picture dan semua cara kena diguna untok menyebarkan PEMBUKTIAN ISLAM IALAH SATU-SATUNYA AGAMA YG BENAR.

Tolong jemput/undang rakan + saudara di bawah gambar daripada page ini agar ramai orang saling ingat meng-ingati sesama insan:

http://www.facebook.com/pages/-ISLAM-TERBUKTI-BENAR-/298400792751?v=info

ada Apa dGn ValenTinE??





Allah telah berfirman di dalam Al-Quran bahawa meniru dan mematuhi orang-orang kafir mungkin membawa kepada kekafiran. Allah juga melarang mengikuti mereka, mematuhi mereka, atau menurut hawa nafsu mereka dan keinginan ciri-ciri yang buruk dari mereka.

Larangan meniru orang-orang kafir adalah salah satu prinsip-prinsip asas syariat. Allah mengutuskan Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar sehingga kita dapat menangani atas segala agama-agama lain dan Allah telah menyempurnakan agama-Nya bagi umat manusia iaitu Islam...

Peniruan menyebabkan kecacatan pada keperibadian muslim, seperti perasaan tidak mampu, rendah diri, lemah dan kalah, maka itu mengarah pada menhindari dan menjaga diri daripada jalan dan hukum-hukum Allah. Pengalaman menunjukkan bahawa kekaguman bagi orang kafir dan meniru mereka menyebabkan kita akan terpengaruh dengan mereka.

Hari Valentine adalah hari untuk menebarkan cinta antara semua orang baik yang mempercayai mahupun yang tidak mempercayai.Lebih parah lagi apabila kita cuba meniru perlakuan orang-orang kafir ini.

Ini adalah suatu kesalahan untuk membingungkan apa yang mereka sebut hari itu dengan maksud apa yang sebenarnya berada di belakang sambutannya. Gaya dipilih pada hari ini adalah cinta romantis, berpasangan, Hal ini dikenali sebagai hari seks dan seks bagi mereka tanpa kekangan atau sekatan ...

Mereka tidak bicara tentang murninya cinta antara seorang lelaki dan isterinya atau seorang wanita dan suaminya atau setidaknya mereka tidak membezakan antara cinta yang sah dalam hubungan antara suami dan isteri dan cinta terlarang perempuan simpanan dan kekasih. Perayaan ini bagi mereka adalah saranan bagi setiap orang untuk mengungkapkan cinta ....

Tidak ada agama yang mendorong para pengikutnya untuk mengasihi dan memelihara satu sama lain lebih daripada sebagaimana Islam telah lakukan. Ini berlaku sepanjang masa dan dalam segala situasi, tidak hanya pada satu hari tertentu. Memang, Islam menggalakkan kita untuk mengekspresikan emosi dan kasih kita sepanjang masa sebagaimana Nabi S.A.Wassalam bersabda: "Jika seseorang mengasihi saudaranya, hendaklah dia mengatakan bahawa dia mengasihi dia." (HR. oleh Abu Daud, 5.124; al-Tirmidzi, 2329;) ...

Cinta di dalam Islam adalah lebih komprehensif; amatlah bahaya jika salah perletakkan maksud cinta itu.Perletakkan cinta antara seorang lelaki dan seorang wanita perlulah ada batasannya dan janganlah sampai ianya membawa kepada 'dayus' sehinggakan melebihi dari cinta pada Allah dan Rasul-Nya, para sahabatnya, begitu pula bagi orang-orang yang baik dan benar, yang bersama dalam memperjuangkan agama Allah. Ini adalah kesilapan yang merbahaya untuk menyekat erti yang luas tentang cinta yang satu ini.


St Valentine - Februari festival kesuburan

Dalam kalendar Athens Purba,masanya antara pertengahan Januari dan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion yang dipersembahkan kepada perkahwinan Zeus dan Hera.

Gamelion adalah bulan Greek yang tidak terdapat dalam kalendar moden. Jadi pertengahan Januari hingga pertengahan Februari adalah bulan Athens disebut Gamelion atau "Bulan Perkahwinan." Sebuah perkahwinan (Hieros = suci, kudus + Gamos = perkahwinan) diraikan pada akhir bulan Gamelion untuk menandakan perkahwinan antara raja dan ratu para dewa, Zeus dan Hera. Persiapan untuk acara pesta ini termasuk pemurnian.

Di Rom Kuno, February 15 adalah hari Lupercalia juga di pangil festival Lupercus, dewa kesuburan yang merupakan sebagai separuh bogel dan berpakaian kulit kambing. Sebagai sebahagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus akan mengorbankan kambing kepada dewa dan setelah meminum wine, mereka akan berjalan melalui jalan-jalan Rom memegang potongan-potongan kulit kambing di atas kepala mereka dan menyentuh siapa pun mereka bertemu. Khususnya wanita muda yang akan maju secara sukarela untuk kesempatan ini dengan keyakinan bahawa menjadi begitu tersentuh dan membuat mereka mudah membawa kelahiran.

February, Purification, and the Lupercalia

Kata Februarius berasal dari sebuah kata yang bermakna pemurnian atau penyucian.Tema berkembar pemurnian dan kesuburan datang bersama-sama di hari percutian Februari Rom yang disebut Lupercalia.

Paderi (luperci) datang daripada 2 perguruan tinggi, Quintilii dan Fabii. Ini juga nama-nama bangsawan Rom kuno Gentes dan ahli luperci adalah ahli Gentes bangsawan ini. Walaupun secara berperingkat orang-orang Plebeians (Para Plebeains adalah sebahagian daripada penduduk Rom yang asalnya adalah di antara taklukan orang Latin .Berbeza dengan bangsawan bangsawan) mendapatkan kuasa, beberapa paderi tetap di tangan para bangsawan di seluruh kerajaan dan tempoh republik Rom.

Lupercalia mungkin menjadi festival abadi pagan Rom . Beberapa festival Kristian moden seperti Natal dan Easter mungkin telah mengambil alih unsur-unsur agama pagan dahulu tetapi mereka tidak sangat utama pada Rom, pagan holy-day. Lupercalia mungkin bermula pada saat penubuhan Rom (753 SM tradisional) atau bahkan sebelumnya. Itu berakhir sekitar 1200 tahun kemudian, pada akhir abad ke-5 Masihi.

Jika semua yang anda ketahui tentang Lupercalia adalah bahawa latar belakang untuk Marcus Antonius untuk menawarkan mahkota kepada Maharaja 3 kali dalam Undang-undang I dari Shakespeare's Julius Caesar, anda mungkin tidak akan menduga bahawa Lupercalia dikaitkan dengan Hari Valentine. Lupercalia itu bulan Februari 15 atau 13-15 Februari, masa yang terdekat penutupnya Hari Valentine moden .

First Man Called Valentine


Siapakah sebenarnya Valentine? Apa di sebalik maksud nama Valentine?

Valentine berasal daripada Bahasa Latin Valentinus, yang berasal dari Valens-"harus kuat, berkuasa, perkasa." Menurut kitab lama kristian menggambarkan seorang lelaki dengan maksud yang sama: "And Cush begat Nimrod: ia mula menjadi berkuasa di bumi. Dia adalah seorang pemburu perkasa di hadapan TUHAN; itulah sebabnya dikatakan. Bahkan ketika Nimrod pemburu yang perkasa di hadapan Tuhan Dia dikatakan telah diburu dengan busur dan anak panah.
Seperti disebutkan, orang-orang Romawi merayakan Lupercalia untuk menghormati Lupercus dewa pemburu. Bagi orang Greek, dari mana orang-orang Rom telah menyalin sebahagian besar mitologi ini, Lupercus dikenali sebagai Pan, dewa cahaya. The Phoenicia menyembah dewa yang sama sebagai Baal, dewa matahari. Baal adalah salah satu daripada banyak nama atau tajuk untuk Nimrod, seorang pemburu yang hebat, terutamanya daripada serigala.

Dia juga adalah pengasas dan pemerintah pertama Babel.Nimrod adalah pencetus Misteri Agama Babel, mitos yang telah disalin oleh orang Mesir, Greek, Rom dan banyak bangsa-bangsa purba lainnya. Di bawah nama atau tajuk yang berbeza-Pan, Lupercus, Zuhal, Osiris-Nimrod adalah orang yang kuat dan askar pemburu- kononnya dewa orang dahulu.

Tapi apa simbol hati yang dikaitkan dengan hari Nimrod / valentine?
Maksud Baal bererti "Tuanku" atau "tuan," dan disebutkan di dalam Bible sebagai dewa pagan.Chaldean kuno (Bahasa Babylon), bal, yang mirip dengan Baal, bermaksud, "hati." Inilah di mana berasalnya Valentine sebagai simbol hati.



Sekarang perhatikan nama Cupid. Ianya berasal dari kata kerja Latin 'cupere', bermaksud "keinginan." Cupid adalah dikatakan anak Venus, dewi Rom keindahan dan cinta. Juga dikenali sebagai Eros di Greek purba, ia adalah anak dari Aphrodite. Menurut mitos, dia bertanggungjawab menghamilkan dewi dan manusia. Cupid adalah anak seperti pemanah ( Nimrod adalah seorang ahli pemanah). Mitologi menggambarkan Cupid sebagai memiliki kedua-dua sifat yang kejam dan berkeperibadian bahagia. Beliau akan menggunakan panah yang tak terlihat, berlapis emas, untuk menyerang kecurigaan laki-laki dan perempuan menyebabkan mereka jatuh cinta. Dikatakan dia melakukan hal ini untuk membuatkan mereka gila dengan hasrat yang kuat untuk membuat hidup mereka sengsara dalam kecintaan mereka.

-/.

Jadi,sudah banyaklah kisah di sebalik Hari Valentine ini,ada juga mengatakan yang dia adalah seorang paderi yang telah dipenjarakan dan mempunyai hubungan dengan si gadis anak penjaga penjara tersebut. Pun begitu ada juga kisah yang menyatakan tentang kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol sewaktu zaman pemerintahan Valentine ini.Apa pun berhati-hatilah kerana ini semua bukanlah amalan atau budaya hidup kita sebagai seorang yang berbangsa 'Melayu'. Kita juga punyai budaya hidup yang lebih elok berbanding budaya yang boleh merosakkan akidah kita sebagai umat Islam.

Kebelakangan ini kita dapati banyak blog-blog dari rakan seperjuangan yang telah di-hilangkan. Jadi di sini dapatlah kita simpulkan bahawa mereka-mereka ini amat-amat busuk hati dengan usaha kita. Di kesempatan ini saya juga ingin mengajak saudara-saudari semua agar kita tingkatkan usaha dalam menyebarkan maklumat tentang sikap mereka yang ingin merosakkan akidah kita sebagai umat Islam. Kita tingkatkan juga usaha dalam menghindarkan budaya mereka yang telah berakar umbi di dalam kehidupan kita. Bersamalah kita dalam memartabatkan budaya melayu kita yang lebih bersifat ketuhanan dan bagi menjamin kesinambungan yang berwawasan akhirat.

Di sini saya paparkan tentang apa yang dikatakan sebagai 'Secret Covenant' yang telah di terjemahkan dan tentang perkara ini saya tidak memaksa untuk mempercayainya seratus peratus dan mungkin saudara-saudari ada kesimpulan tentang apa yang dipanggil 'secret covenant' ini dan kita dapat bincangkan bersama. Wallahualam.

Dikeluarkan di bawah kuasa tertinggi Yahudi Bograh dan diluluskan oleh Dinasti Rothschild Yahudi (Eropah) dan Dinasti Rockefeller Yahudi (AS)

The Secret Covenant

Ilusi itu akan menjadi begitu besar, begitu luas itu akan lolos tanggapan mereka.Ini adalah satu kerja gila dan yang membaca pula akan mengatakan ini adalah bohong semata-mata.

-Kami akan mencipta bidang yang berasingan untuk menghalang mereka daripada melihat hubungan antara kami.

-Kami akan bersikap seolah-olah kami tidak berhubungan untuk menjaga agar impian ini terlaksana. Objektif kami akan diselesaikan satu per satu pada suatu masa sehingga tidak pernah membawa kecurigaan pada diri kita sendiri. Ini juga akan menghalang mereka daripada melihat perubahan seperti itu berlaku.

-Kami akan selalu berdiri di atas bidang pengalaman mereka untuk kita mengetahui rahsia mutlak.

-Kami akan bekerja sama selalu dan akan tetap terikat oleh darah dan kerahsiaan. Kematian bakal menjelma kepada sesiapa yang cuba menceritakan kerahsiaan ini.

-Kami akan memendek jangka hayat mereka dan melemahkan fikiran mereka dan berpura-pura untuk melakukan hal yang sebaliknya.

-Kita akan menggunakan pengetahuan kita tentang sains dan teknologi dalam cara-cara halus sehingga mereka tidak akan pernah melihat apa yang berlaku.

-Kita akan menggunakan logam lunak, program penuaan dan ubat penenang dalam makanan dan minuman dan juga di udara.

-Mereka akan diselimuti oleh racun walau kemana jua mereka berada.

-Logam yang lembut akan menyebabkan mereka kehilangan fikiran mereka. Kami akan berjanji untuk menemukan ubat dari segala bidang kami namun kami akan memberi mereka makan lebih banyak racun.

-Racun akan diserap melalui kulit dan mulut mereka, mereka akan menghancurkan fikiran mereka dan sistem pembiakan.

-Dari hal semua ini anak-anak mereka kelak akan lahir dengan kematian dan kami akan menyembunyikan maklumat ini.

-Racun akan disembunyikan dalam segala sesuatu yang mengelilingi mereka dalam apa yang mereka minum, makan, bernafas dan apa yang mereka pakai.

-Kita harus cerdik dalam memberikan racun untuk mereka dapat melihat jauh.

-Kami akan mengajar mereka bahawa racun yang baik melalui penampilan imej dan nada muzik.

-Orang-orang yang melihat dan ingin membantu anda, kami akan meminta mereka untuk menggalakkan racun kami.

-Mereka akan melihat produk-produk kami yang digunakan dalam filem dan akan tumbuh terbiasa dengan mereka dan mereka tidak akan pernah tahu
kesan yang bakal menimpa mereka.

-Ketika saat-saat mereka melahirkan anak, kita akan menyuntikkan racun ke dalam darah anak-anak mereka dan meyakinkan mereka itu atas bantuan mereka.

-Kita akan mulai sejak dari awal ketika fikiran mereka masih muda, kami akan menyasarkan kepada anak-anak mereka dengan apa yang cinta anak-anak paling suka seperti gula-gula.

-Ketika gigi mereka telah rosak kami akan mengisinya dengan logam yang akan membunuh mereka lalu mencuri fikiran dan masa depan mereka.

-Ketika kemampuan mereka untuk belajar telah dipengaruhi, kita akan mencipta ubat yang akan membuat mereka sakit dan menyebabkan penyakit lain pula yang kita akan mencipta lebih banyak ubat-ubatan.

-Kami akan membuat mereka patuh dan lemah di hadapan kita dengan kekuatan kita.

-Mereka akan membesar dalam keadaan tertekan, lembab dan gemuk, dan ketika mereka datang kepada kami untuk membantu kami akan memberi mereka lebih banyak racun.

-Kami akan menumpukan perhatian mereka terhadap wang dan kepentingan material sehingga mereka tidak akan berhubungan dengan batin mereka sendiri (pengisian jiwa-agama). Kami akan mengalihkan perhatian mereka dengan percabulan, kesenangan dan permainan luaran sehingga mereka mungkin tidak pernah menjadi satu kesatuan dengan semua itu.

-Fikiran mereka akan menjadi milik kami dan mereka akan melakukan apa yang kami katakan. Jika mereka menolak kita akan menemukan cara untuk menerapkan teknologi pengubah pikiran ke dalam kehidupan mereka. Kita akan menggunakan rasa takut sebagai senjata kami.

-Kami akan membentuk kerajaan mereka dan membentuk pula pihak yang berlawanan dan kedua belah pihak dalah kepunyaan kita.

-Kami akan selalu menyembunyikan tujuan ini tetapi melaksanakan rancangan kami.

-Mereka akan melakukan kerja untuk kami dan kami akan berjaya daripada kerja keras mereka.

-Keluarga kita tidak akan pernah bercampur dengan mereka. Darah kita selalu harus suci kerana itu adalah jalannya.

-Kami akan membuat mereka saling berbunuhan di antara satu sama lain kerana itu sesuai dengan kita.

-Kami akan membuat mereka berasingan daripada pembinaan kesatuan dan agama.

-Kami akan mengawal semua aspek kehidupan mereka dan mengatakan kepada mereka apa yang harus difikirkan dan mengajarkan bagaimana caranya.

-Kami akan membimbing mereka dengan baik dan lembut membiarkan mereka berfikir bahawa merekalah yang membimbing diri mereka sendiri.

-Kami akan membangkitkan permusuhan di antara mereka melalui puak.

-Ketika cahaya akan bersinar di antara mereka, kita akan memadamkan dengan ejekan atau kematian yang mana berpadanan yang terbaik kami.

-Kami akan membuat mereka merobek hati di antara mereka hingga saling berasingan dan membunuh anak-anak mereka sendiri.

-Kami akan mencapai hal ini dengan menggunakan kebencian sebagai sekutu dan kemarahan sebagai kawan kita.

-Kebencian akan membutakan mereka sebenar-benarnya dan tidak pernah akan mereka melihat bahawa daripada konflik mereka kita muncul sebagai penguasa mereka. Mereka akan sibuk saling membunuh.

-Mereka akan mandi darah mereka sendiri dan membunuh jiran mereka selama seperti yang kita lihat berpadanan.

-Kami akan manfaatkan hal ini kerana mereka tidak akan melihat kita kerana mereka tidak dapat melihat kami.

-Kami akan teruskan untuk menikmati hasil dari daripada perang dan kematian mereka.

-Kami akan mengulangi ini berulang-ulang sampai tujuan akhir kita selesai.

-Kami akan terus membuat mereka hidup dalam ketakutan dan kemarahan meskipun gambar dan suara.

-Kita akan menggunakan semua alat yang kita harus capai ini.

-Alat-alat akan disediakan melalui pekerjaan mereka.

-Kami akan membuat mereka membenci diri mereka dan jiran mereka.

-Kami akan selalu menyembunyikan kebenaran ilahi daripada mereka, bahawa kita semua adalah satu. Inilah yang mereka harus tidak pernah tahu!

-Mereka mesti tidak pernah tahu bahawa warna adalah ilusi, mereka harus selalu berfikir bahawa mereka tidak sama.

-Satu demi satu kami akan meneruskan tujuan kami.

-Kami akan mengambil alih tanah mereka, sumber daya dan kekayaan untuk melaksanakan kawalan total atas mereka.

-Kami akan memperdayakan mereka untuk menerima undang-undang yang akan mencuri sedikit kebebasan mereka akan memiliki.

-Kami akan menubuhkan sebuah sistem wang yang akan memenjarakan mereka selamanya, menjaga mereka dan anak-anak mereka dalam hutang.

-Ketika mereka akan bergabung bersama kita akan menuduh kejahatan mereka dan menyajikan sebuah cerita yang berbeza dalam dunia sebab kita mempunyai dan menguasai semua media.

-Mereka tidak akan berdaya untuk melakukan apa sahaja kerana mereka tidak akan memiliki senjata.

-Kami akan merekrut beberapa di antara mereka sendiri untuk melaksanakan rancangan kita, kita akan menjanjikan mereka kehidupan kekal tetapi hidup yang kekal tidak akan pernah mereka miliki untuk mereka daripada kita.

-Para rekrut akan disebut "initiates" dan akan disogokkan dengan ajaran untuk percaya upacara palsu ke alam yang lebih tinggi. Ahli daripada kumpulan ini akan berfikir bahawa mereka adalah satu bersama kita tetapi tidak pernah mengetahui kebenaran. Mereka mesti tidak pernah belajar kebenaran ini kerana mereka akan berbalik melawan kita.

-Untuk pekerjaan mereka, mereka akan dihargai dengan hal-hal duniawi dan gelaran, tetapi tidak pernah akan mereka menjadi abadi dan bergabung dengan kami, mereka tidak akan pernah menerima cahaya dan perjalanan bintang-bintang. Mereka tidak akan pernah mencapai alam yang lebih tinggi, untuk membunuh jenis mereka sendiri akan menghalang bahagian dalam ranah pencerahan. Ini mereka tidak akan pernah tahu.

-Kebenaran akan disembunyikan di wajah mereka, begitu dekat mereka tidak akan mampu berfokus pada hal itu sampai terlambat.

-Oh ya, jadi ilusi besar akan kebebasan, bahawa mereka tidak akan pernah tahu bahawa mereka adalah hamba kami.

-Ketika semua sudah pada tempatnya, kebenaran akan diciptakan untuk mereka memilikinya. Kenyataan ini akan menjadi penjara mereka. Mereka akan hidup dalam penipuan diri sendiri.

-Bila tujuan kita tercapai era baru penguasaan ke atas mereka akan bermula.

-Fikiran mereka akan terikat oleh kepercayaan mereka, kepercayaan kita telah menetapkan dari masa terdahulu.

-Tetapi jika mereka pernah tahu mereka sama dengan kita, kita akan binasakan kemudiannya. MEREKA INI HARUS TIDAK TAHU.

-Kalau mereka pernah menemukan bahawa bersama-sama mereka dapat mengalahkan kita, mereka akan mengambil tindakan.

-Mereka mesti tidak pernah sesekali mencari atau tahu apa yang telah kita lakukan, kerana jika mereka melakukannya, kita tidak akan punya tempat untuk lari, untuk itu akan mudah untuk melihat siapakah kita yang pernah jatuh seketika dahulu. Tindakan kita akan terungkap siapa diri kita dan mereka akan memburu kita sehingga dapat dan tidak ada orang yang akan memberi kita tempat perlindungan.

-Ini adalah perjanjian rahsia (secret covenant) di mana kita akan menjalani sisa masa ini dan masa depan hidup kita kerana kenyataan ini akan melampaui banyak generasi dan rentang kehidupan.

-Perjanjian ini dimeteraikan oleh darah, darah kita. Kita adalah dari syurga yang datang ke bumi.

-Perjanjian ini mestila TIDAK dan SESEKALI TIDAK diketahui wujud. Ianya Pasti TIDAK dan SESEKALI TIDAK ditulis atau dibincangkan , kesedaran ini akan menimbulkan serta melepaskan kemarahan para PENCIPTA kepada kami dan kami akan dicampakkan ke kedalaman dari mana kami datang dan tetap di sana sampai waktu akhirnya.

cpoy feom: http://bahterawawasan.blogspot.com/

.::SyUrGa ciNtA::..

salamun alaik...
alhamdulillah...lama xde idea nk post blog tnpa amek posting angkt dr blog2 kegemaran den..hehe...alhamdulillah juga mlm ni dibukakan pintu hati oleh Allah SWT untuk menghadiri satu sesi ceramah brtajuk syurga cinta yg dianjurkn oleh FPPP UDM... first at all sdkt terkilan n kecewa sebb rasanya PMKI pn penah anjurkan program sedemikian tp dpt tmpt yg kecik n membuatkan den xdpt nk join...however really hepi coz dibukakn pintu hati oleh pljar2 bukn dri fakulti pngajian islam untuk mnganjurkan program yg mnyeru kepada kebaikan sprt i2 n brbngga krn msih ada org yg ingin mmperthnkn agama Allah di bumi arwah KUSZA ni...n xlma lg mungkin Allahyarham UDM plak coz dgr nk tukr UNISZA lak sebb mizan murka nama keturunnnya dilupuskn dr nama kusza dulu mnjadi udm..however i really miss biah kusza dulu...yg sdkt sbyk mngubh diri den lbh mndekati Allah..alhmdulillah...dh lari tjuk dh ni..hehe..however forum ni dikendalikn oleh seorang moderator yg merupkn bkl ustaz xlma lg...apa ntah nama dia den lupa..hehe..n panelnya...ustaz yg plg trkenal d UDM ni..DR BASRI dan USTZ SYRFH NOORUL MADIHAH...firstly yg membuatkn org trtarik ngan tajuknya sebb da filem 2 kn..hehe..but really enjoy d forum...lets talk about the content of d forum..

bermula dgn panel prtama diminta mngulas tntg cinta...
dr basri memulakn forum dgn mnterjemahkn cinta i2 sesuatu yg Allah mnjadiknnya fitrah untuk kita lbh mndekatiNYA..krn dgn cinta kita mndkt diri kpd Allah..bukn sebb cinta kita pd mkhlukNYA tp cinta kita kpdNYA.....emm...xigt sgt la..sebb xbpe dgr masa mula2 ni...but 2nd panel bez...sebb soalan dia bez...rupanya stlh aku idup slama puluhan thn ni...baru tau cinta ni ada 3 prgkt..tp sebelum 2...igt lagu zaman knk2 dulu x zmn kindergaarden..tadika..tabika...taski korg dulu kn...1,1 sy syg Allah..2,2 sy syg rasul.3,3 sy syg ibu bapa...

3 prgkt cinta:

#CINTA AGUNG
ada kata2 yg mngatakan..cintakan bunga bunga kan layu..cintakan alam alam kan musnah...cintakan manusia manusia kan mati cntakan Allah kekal abadi selmanya...btollah dimksudkn dgn kata2 ini...di mna kita septutnya meletkkg cinta yg plg agung hanya pd RABB kita..nmun sejauh mnakah kita mncintai allah..sdgkn ktika tok siak(bilal) mnyeru kpd kita untuk solat...namun kita mnyeru kpd laptop...nset..main bola dan seumpamanya..lihat sja rabiatul adawiyah yg xmau kawin krn tkut cintanya pd Allah akn pudar..krn tkut brjauhan dgn Allah..namun kita pd hari ini..tkutkn pakwe kan lari..makwe kan majuk sebb bls msj lmbt...tp tuhan dibelkgkn..astaghfirullah al adzim..kata2 ni xdtujukn pd sesiapa..nmun untuk dijadikn pringtn diri sndr...bukn sje untuk org yg brcnta..namun pd sesiapa shj yg cntakan dunianya dgn tknologi..prmainan dan seumpamanya...namun aku sndr brsyukur kpd ALLAH krn dia msh sygkn aku n dh x trjebak dgn alam prcntaan..cuma laptop ni je aku kurg cket...haha...xpe2..u nedd changes dib.. :)

#CINTA PERTENGAHAN
emm.yg ni al maklum la kn..cinta pd keduniaan la...cinta pd manusia..tp tidak mlebihi cnta yg agung 2...ko pk la sndr..hehe

#CINTA HINA

haa..yg ni korg pn pk2 n rnungknla dr maksud ayat d bwh ni k..aku ulas cket2 la psl cinta ni...cinta ni berada d thp plg hina iaitu cintanya kepada setan..memg dia xckp i luv satan..tp dia mngikut shj apa ckp setan...tnpa memikirkan kecintaannya kpd Allah..
"Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (surah attaubah:24)

" Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu[106] mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal)".(surah baqarah:165)

dr kategori2 d atas..lehla den nk ckp...cinta i2 ada prgkt...

firstly cinta pd Allah
2nd...rasuk
3rd..jihad pd jln Allah
4th ibu bapa n seterusnya..

dr prgkt d atas..bleh la dibuat ksmpulan bhw cinta kita sebesr2nya hndklah diletkkn pd Allah...barula disusuli ngn cinta pd rasul dan jihad di jln Allah...n last one bru syg pd yg lainnya...

apa yg trtarik lam ni.. ustaz ada cita..anak murid dia time arwah kusza dulu la...
c pmpuan 2 jupe ustaz..gtau..ustaz...ana suka ngn dia ni..leh x ustaz tlg apa yg ptutla...(lbh kurg g2la mksud dialognya)...then ustaz pn pgl la c laki ni..laki ni off course la baik kn...alim...laki trkedu mndgr..n dgn rasionalnya mnjwb..ustaz bg ana masa sebulan untuk pk...then...lepas sebulan..pmpuan 2 mndpt khbr gmbra la...really interting..sebb sumenya brjln tnapa ada sdkt yg mnjurus ke arah zina..tnpa pertemuan..hanya melalui jwpn dr Allah...i2la yg dikatakn jdoh kn...hope so i will see u like that mu future husband.. :)

ha..yg ni satu lagi yg aku tringt...kisah cinta pertama...
nabi adam...diceritakan oleh DR bhw nabi adam diciptkan pd pgi hari...dn bila dia trjga melihat hawa di ccnya..lalu brtnya dek trkejut mlht c hawa 2 td..maka...dgn ilmu Allah..malaikat jibril mngjrknnya tntg imu rumah tngga..bhagiala bliau d pg i2..namun...disebbkn syaitan yg xmahu patuh akan arhn Allah untuk tunduk pd Ada..mereka membinasakan adam..dan pd ptg hari yg sama...Nabi Adam a.s dan hawa dicampakkan ke dunia..namun takdir memisahkan mereka..dikhabarkan nabi adam a.s telah bertemu dgn hawa kesygnnya stlh hmpir 300 thn berjalan mncari hawanya..dan mereka bertemu di jabar rahmah...dan juga diceritakan oleh DR basri bhw nabi adam hidup shngga mncecah kaumnya@anak branaknya 800 prg...lama mna..den pn xdpt nk agak la...2 sume kuasa Allah ta'la yg mha besar..al khalik.. :)

dan dikishkn pula tntg jihad fi sabilillah ni...seorg shbt rasulullah Sallallahualaihi wasallam...hanzalah..beliau adlh sorg yg snts brjuang brsm rasul...dan dikishkn jugk(pndekkan) beliau menikah...tp dlm hatinya ingin brjuang brsma rasul dlm peperngn 2...namun rasul bg kelonggrn krn dia akn dinikhkn pd hari i2..maka..mlmnya tdurla psgn suami is3 ni..dan msh lagi dlm tdurnya..taarufnya..mlm pngntin i2..beliau mndgr isyrt bhw bala tentera islam dlm kesushn..namun krn cintanya pd Allah,rasul dan jihad d jlnnya...beliau mngglkn is3 yg dinikhkn i2 untuk juhad..dan dtkrdrkn Allah bliau mati syahid tnpa smpat mandi junub..dan dicritkn juga..beliau tlh dimandi junub dan mandu jnzh oleh para malaikat..bg2la mulianya cinta hanzalah pd Allah dan Rasul..

sdkt sbyk i2la yg den leh igt...

n den minat ngn lirik lagu ni...tuju khas lagu ni pda seorg brnama laki... :)

Liri lagu Wali Band - Kekasih Halal :

aku telah lelah
memilih memilah mencari wanita
siapakah dirinya
yang kan menjadi kekasih halalku

tiba-tiba aku terpana
ada kejutan tak terduga

dia gadis berkurung merah
hatiku tergoda tergugat
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha
Dia gadis berkerudung merah
bawalah diriku padanya
takkan habis ku berdoa
jadi kekasih halalnya

jadikan diriku halal
memeluk halal menciummu
lekaslah jangan tunda
untuk menjadi kekasih halalku

itu itu dia gadis berkerudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha

so..lelaki di luar sna...bersbrlh dlm mncari jodoh..pasti kan ada wanita solehah untukmu..tugasmu untuk mempersiapkn dirimu untuk menjadi pmimpinnya untuk meraih bhagiaan abadi di syurga nant..

takat 2 je la..sdkt sbyk ulasannya.
namun bgaimana keadaan kita pd hari ini..tpukla dada tnyala iman...sejauh mna kecintaan kita pd pncipta kita..rasul..dan agama kita yg syumul ini...
cinta tidak mngajar kita lmah..tp mmbngkitkn..cinta x mngjar kita lalai..tp lbh mndekati pada yg ESA...hubbu lillah.. :)

nothing to display...

salam...alhamdulillah...masih brnafas untuk trus mngamalkn amar makruf nahi munkar di muka bumi allah yg bgaikn pnjara bgi mukmin ini...juz nk kita pk sejenak tntg event2 yg brlaku pd hari jumaat...

27-12-09=hari raya aidiladha
18-12-09=maal hijrah
25-12-09=krismas
01-01-10=gerhana bulan
01-01-10=thun baru
15-01-10=gerhana matahari
26-02-10=mauld nabi
02-04-10=kematian jesus
10-09-10=hari raya aidlifitri

igtla...tandanya telah byk muncul..slh satu di atas..berlaku 2 gerhana pd hari jumaat...juga ada dikatakan di dalam quran..bahawasanya jumaat yg akn mnghncurkn seluruh isi dunia ini...KIAMAT HAMPIR TIBA...renung2knla....

kenali musuh anda...

firstly thank 2 smebody who had send this to me...moga Allah akn mmbls budimu ini dengan kebaikan..aminn

JOM KITA KENAL 9 JENIS ANAK SYAITAN!!!!

Umar al-Khattab r.a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun - Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin - Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan - Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf - Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah - Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud - Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim - Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan - Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus - Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

MOGA ALLAH S.W.T MELINDUNGI KITA DARI SEMUA TIPUANNYA!!

moga Allah snts membantuku...amin...

salam..tb2 je rasa nk post smething like this..mngkin trpgl kot..xpela..any decisoion i made i hope Allah bleh bntu sume yg trlibat dlm keputusan yg aku buat 2...semoga dia snts mndapat ptunjuk dr Yang Maha Esa..dan moga Allah dapat memberi aku kekuatan untuk menempuhi alam remaja yg pnuh dgn rintgn ni..cewah..haha.. :)
buat tatapan semua...copy from iluvislam.com

Luahan Kasih Buat Kekasih
www.iLuvislam.com
oleh : tuan mohd rezza
editor : almusafirq8



Islam merupakan agama yang syumul mencangkupi semua masyarakat dan bidang semenjak insan yang pertama Adam a.s sehinggalah Nabi utusan akhir zaman Muhammad S.A.W. Islam merupakan sebuah agama yang cukup lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin mencintai dan dicintai. Untuk apa Allah Taala menciptakan manusia mempunyai fitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah Taala untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaannya. Rasulullah S.A.W pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak berkahwin. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui dan mengiktiraf fitrah manusia yang ingin mendambakan cinta. Namun persoalannya, bagaimana cara terbaik untuk menyalurkan cinta suci ini selari dengan kehendak Allah Taala dan Rasulullah S.A.W mengikut era semasa?

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termeterainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu selepas lafaz Ijab dan Qabul. Islam telah menggariskan suatu panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini dengan cara lebih selamat. Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidup, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi bagi menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan tuan empunya diri dan terus menyatakan niat hati. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan berkenalan dalam masa terlalu lama. Sedangkan ibu bapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tidak bersetuju dengan pilihan hati. Akhirnya mengakibatkan hubungan kekeluargaan menjadi keruh. Terlebih malang tidak mendapat kerestuan ibu bapa, maka jauhlah keberkatan hidup si anak.

Oleh itu, selepas menyatakan niat kepada ibu bapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi akan diikat menjadi pasangan tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadith baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar atau sebaliknya. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan. Namun begitu bertunang bukan merupakan satu tiket yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesraan seperti pasangan suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga atau mahramnya. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan syara'. Jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan boleh diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.


Bolehkah Bercinta Sebelum Kahwin?

Secara kasarnya ada sesetengah ulama’ menganggap bercinta itu halal (harus) tetapi jumhur ulama’ lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama’ fiqh terdapat beberapa ulama’ yang merupakan ahli pencinta yang hebat seperti Daud az Zahiri yang merupakan Imam Mazhab az Zahiri.
Baiklah, penulis akan mengungkapkan beberapa hujah di sebalik bercinta sebelum berkahwin dibolehkan dan diharamkan, namun keputusan terakhir adalah berdasarkan pertimbangan akal yang sihat, di mana melihat isu ini mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Pandangan pertama: Bercinta merupakan antara fitrah insani penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada ber-couple dan bercinta walaupun cara dan kaedah mereka nampak Islamik (menjaga hawa nafsu dari maksiat), termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum Ijab dan Qabul. Jika bercinta dianggap sebagai mukaddimah pada perkahwinan, maka ber-couple (kaedah Islamik) pula dianggap sebagai mukaddimah pada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain, kecuali bagi mereka berkahwin atas pilihan keluarga. Ber-couple yang penulis maksudkan ialah bukan berdua-duaan sehingga timbul fitnah antara lelaki dan perempuan bukan mahram, tetapi hanya sekadar ingin menyatakan luahan hati dan bersedia mengambil pasangan masing-masing sebagai calon suami dan isteri. Jangan salah andaian. Bercinta dianggap berguna jika dapat membawa pada kebaikan kepada kedua-dua pasangan. Sebagai contoh ber-couple dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumahtangga adalah berguna kerana membawa kebaikan. Maka sini terbentuk pula keluarga, dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.

Pandangan Kedua: Namun dari sudut lain, bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Ber-couple dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukaddimah pada perkahwinan sebaliknya mukaddimah pada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang. Bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu ber-couple dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk ber-couple dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah Taala iaitu perzinaan.

Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubungkait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan. Jawapannya ada dalam diri anda dengan menggunakan pertimbangan akal yang sihat, kaji selidik dan pertimbangan Iman yang mana bertepatan dengan ajaran Islam. Manusia yang diamanahkan Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival dan kemandiriannya sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak bercinta (tidak semua), kita akan pupus di dunia dan sudah tentu menyalahi amanah Allah Taala itu. Tetapi jika bercinta itu membawa ke arah kebinasaan, maka menjauhinya adalah sebaik-baik tindakan. Kebiasaan mengundang kebinasaan.

Hukum Menyanyi Lagu-lagu Kasih

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad S.A.W membenarkan hamba menyanyikan lagu berbentuk kasih (jiwa) dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah S.A.W menyuruh Aesyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aesyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl” (Hadith riwayat Ibnu Majah)
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadith Nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadith lain, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah S.A.W menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang mengandungi unsur-unsur tentang cinta.



Islam Dan Cinta

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah Rasulullah S.A.W menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadith: Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tanamkan dalam diri anak-anak kamu rasa cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al Quran” (el Hadith) Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi S.A.W bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata. Remaja mesti ada rasa tanggungjawab. Manakala dalam hal lain dan bukti dimana cinta dibolehkan mengikut panduan kisah Nabi Yusuf a.s dan Zulaikha boleh dijadikan panduan. Allah Taala menyebut dalam Al Quran: Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu, kalaulah dia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu)” Yusuf (12:24)
Nabi Yusuf a.s berjaya mengawal diri dari terjerumus dalam cinta yang membawa jenayah zina. Islam menggariskan beberapa panduan dalam menjaga tatasusila masyarakat terutama hubungan antara lelaki dan perempuan, antaranya:
(1) tidak dibenarkan pergaulan bebas.
(2) tidak duduk berdua-duaan tanpa mahram.
(3) menjaga adab pertuturan dan berpakaian.
(4) menjaga pandangan mata.
(5) ikhlas untuk mengambil sebagai isteri.
Dalam keadaan ini berpasangan dan percintaan dibenarkan.
Kesimpulan: Secara umumnya perasaan kasih dan sayang termasuk dalam prinsip dan nilai yang terbaik yang diterima Islam. Kehidupan di dunia menjadi aman dan bahagia apabila makhluk yang ada saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Allah Taala sendiri bersifat Rahman (Pemurah) dan Rahim (Pengasih). Islam membahagikan perasaan kasih sayang manusia kepada beberapa peringkat termasuk kepada keluarga, ibu bapa, anak-anak, jiran, bangsa, negara dan Agama. Termasuk dalam kategori cinta juga ialah cinta kepada Allah dan Rasul. Cinta pada Allah ialah cinta hamba kepada Penciptanya dan cinta kepada Rasul ialah pembimbing manusia sejagat kepada Allah dan agama-Nya.

Bagaimanapun, budaya berpasangan dan bercinta tanpa panduan agama dan menurut cara hidup orang Barat yang bebas adalah dilarang kerana membawa kerosakan moral dan akhlak individu dalam masyarakat. Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur, sitematik dan komprohensif. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diinginkan. Dalam masa yang sama menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh setiap manusia serta memperolehi keredhaan Allah Taala. Inilah bercinta dalam Islam, iaitu sebaik-baiknya selepas perkahwinan. Insha-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah Taala dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, maka Allah Taala akan mempermudahkan setiap urusan kita itu.

Dalam konteks kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan takdir-Nya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim serta janji kepada kedua ibu bapa kita. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati dengan cara mengamalkan Islam dalam kehidupan. Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

bolehkah ku temui kehidupan rumah tangga ku begini?????

salam...ptg yg sejuk bangat...tme ksh pd shbt ana d jordan mngrimkn satu story yg amat mnrik untuk santapan rohani dan jasmani...mrngigtkn ku kpd kelalaian cinta pada manusia..sama2la kita mnghayati karya slh seorg pnulis trkenal...USTAZ PAHROL

Surat Cinta Buat Isteriku
http://www.iluvislam.com/
Oleh : Pahrol Mohamad Juoi*Editor : NuurZaffan
Ke ribaan isteriku yang tersayang…

Sayang, aku tenang di sini kerana ku yakin kau telah menerima hakikat ini dengan tabah dan bijaksana. Hentikan tangisanmu di sana. Demi ketenanganku di sini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.Perpisahan ini, insya-Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yang paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dengan cinta itu nanti semuga kita saling menyintai kerana Allah – cinta yang lebih suci.Kita dipaksa berpisah untuk “dijemput” ke daerah tauhid dan syariat-Nya. Selama ini kita terlalu banyak berlakon-lakon dan bermain-main dengan pelbagai alasan dan kemalasan. Aku pasrah dengan “paksaan” ini walaupun suntikannya terlalu sakit, ubatnya pahit.Sayangku,Hadapilah kenyataan yang sudah termaktub sejak azali ini. Kesedihan dan air mata tidak akan meredakan hati apalagi menyelesaikan masalah. Aku sentiasa berdoa untukmu.Ya Allah…Ampunilah dosa-dosa isteriku dan memaafkan semua kesalahannya. Kuatkanlah iman dan taqwanya… dengan Kau suburkan selalu dihatinya rasa hina, berdosa, jahil, lemah, miskin, berharap terhadap-Mu.“Ya Rahim…Berilah dia kekuatan dan kesabaran dalam mendidik anak-anak kami. Agar ditangannyalah nanti tertempa zuriat yang soleh dan solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya dan segala-galanya dengan seimbang, agar dia terdidik untuk mendidik.”“Ya Rahman…Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya. Hiasilah kata-kata dari lidahnya dengan kebenaran dan kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dengan kecantikan. Berilah kecantikan dan keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yang sejati.”“Ya Rabbi…Lembutkan hati isteriku agar mudah ia mengadu-ngadu pada-Mu. Lenturlah jiwanya agar ia mudah merayu-rayu dan meminta-minta pada-Mu. Haluskanlah perasaannya agar dia mampu menangis dan merintih-rintih pada-Mu. Hancur dan remuk-redamlah dirinya dalam menerima didikan-Mu kerana di situlah pengiktirafan dia sebagai hamba-Mu.”Sayang,Ramai pasangan berpisah kerana putus cinta. Namun lebih ramai yang terpisah kerana terlalu cinta. Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian dan keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini… pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisahkanpun masih bertemu.Justeru, perpisahan ini untuk menyelamatkan. Perpisahan ini adalah mehnah yang akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Ia adalah satu “reaksi berantai” kepada semua yang ada ikatan dengan kita. Agar semuanya bergantung dengan ALLAH semata. Jangan kita bergantung dengan selain-Nya.Makhluk yang terhubung atas nama suami, isteri, ibu, bapa, anak, adik, abang, kakak, saudara, sahabat atau apa sahaja akhirnya akan pergi jua. Sesungguhnya, perpisahan adalah cara Allah “mencantas” pergantungan hati kita dengan yang bernama suami, isteri, ibu, bapa, anak dan saudara.Hakikatnya saat itu pasti tiba. Mati boleh terjadi bila-bila. Ketika itu jika hati tidak bersedia… pedih dan sakitnya tentu terlalu. Mungkin hilang kewarasan, mungkin luntur semangat, kecewa untuk meneruskan hidup. Dan paling khuatir, terhakis iman, tercalarnya tauhid.Sayang… bergantunglah pada Allah kerana hubungan kita dengan-Nya tidak akan dipisahkan istilah janda, duda dan yatim. Sedangkan hubungan kita sesama manusia tidak dapat tidak, pasti diputuskan oleh MATI. Justeru… anggaplah perpisahan ini satu persediaan untuk menghadapi saat mati yang sudah pasti datang.Syukur … kerana dahulu pernah aku terlintas, bagaimana nanti kalau kalau salah seorang daripada kita dipanggil pulang oleh Allah? Apakah ketika itu hati akan redha? Ah, lantaran benci merasainya, fikiran dikunci daripada memikirkannya…. Padahal itu sudah pasti. Oh! Tuhan, benci betul rupanya kita kepada mati.Angkuh betul kita dengan ‘milik’ pinjaman Allah ini. Seolah-olah isteri, suami, anak-anak dan lain-lain itu benar-benar kepunyaan kita. Terlalu berat untuk memulangkannya. Sebab ‘memulangkannya’ bererti berpisah!Tidak sanggup kita “pulangkan” kembali bila tarikh pulangnya sudah tiba. Kini, alhamdulillah, pinjaman itu dipinta kembali oleh Allah buat sementara… aku diserahkan kembali olehmu, dan kau diserahkan kembali olehku kepada-Nya.Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yang sangat pendek:“Sesungguhnya kita kepunyaan Allah, dan kepada Allah kita akan dikembalikan.”Bersedialah untuk menghadapi yang terburuk akibat perpisahan ini. Namun jangan sekali-kali terputus dari berharap sesuatu yang terbaik.Doaku dan doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut-takut tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dengan satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin. Yang penting… bukan diperkenankan atau tidak, tetapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan dan tawakal kita menghadapi apa jua takdir-Nya.Isteriku, jangan dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah ‘beratnya’ iman untuk menghadapi ujian itu!

ayuh!!bgunla lelaki2 di luar sana..dapatkah kita membimbing isteri sebaik mungkin...apa itu tanggungjawab yang sbenarnya..tugasmu buknlah membri nafkah zahir dan batin sprti yang kita ketahui istilah itu kini...tp bagi ana inilah nafkah zahir dan batin yg sebnr...zahir untk kita membimbing isteri dan anak2 ke jalannya..dan penuhi batinnya..yakni jiwanya dengn mengingati Allah sentiasa..agar kita dpt memnuhi cinta kita padaNYA dan melakukan perkara terbaik untuk meraih cintaNYA dan cinta seorang isteri yg tulus kpada kita..renung2kanlah..

hati...

salam...
bila brckp tntg hati..pasti sume akan tertarik kn...knp ek..
sbnrnya hati la elemen pnting lam diri manusia..first skali..hatila yg plg dkt ngn jngtung...bla hati skit...rasa mcm nk nafas pn sush kn..seksa je idup..

dengan hati...kita gembira..
kerana hati...kita bersedih..
dengan hati...kita menerima...
kerana hati....kita memberi..
dgn hati....kita sayang...
kerana hati...timbul rindu..
dengan hati...kita mencinta..
kerana hati...kita membenci..
dengan hati..kita tertarik..
kerana hati...kita binasa..
dengan hati....kita lakukan sesuatu baik..
kerana hati...kita mengikut perasaan..lakukan bnda yg xbaik..
kerana ianya bernama HATI...pusat sgalanya...
KERANA DENGAN HATI ITU...KITA MEMILIH ANTARA NAFSU dan IMAN.

tiba2 je kuar idea g2..nape ek..mungkin smething mndorong kot..arghh..aku rindu dia..tp xdpt diungkpkn ngn kata2....aku bleh membuat plhn 2..tp xdpt nk berbuat bg2 atas sebab trtntu..juga krn hati...aku prlu untuk mngorbnkn perasaan sndr untuk mmbhgiakn org lain..kerana ku pasti Allah lbh mngenali hati aku..dan dia lebih menjaga hati aku lbh dr org lain....dan aku juga yakin..stiap prkra yg aku lakukn mest ada balasannya...kerana hati juga aku merinduinya...kerana hati juga aku mmbendung diri dr melakukn sesuatu n menzahirkannya..

qalbi..my heart...hatiku..allah tlh jdkn hati dr darah..bila bersih hatinya..maka cntiklah warna darahnya itu..jika hnya setitik dari drh 2 mnjadi buruk...maka lama kelamaan buruk itu akan melarat ke bhgn lain..oleh krn itu juga allah mnyuruh kita untuk mnjga hati..krn dgn HATI kita berpaling dariNYA..kerana hati juga kita kembali pdNYA...
YA ALLAH..JGALAH HATIKU INI...JGN BIARKAN IA JATUH KE TGN ORG YG BLEH MEROSAKKAN HATI INI..KERANA HATI INI YANG MEMANDU KU UNTUK MERAIH CINTAMU..
االهم اتي أعوذبك من الهم والحزن.....آمين......
Related Posts with Thumbnails