Menyingkap Komplot Israel-Iran dan Amerika-Iran
Sebelum memaparkan hubungan strategik antara Yahudi dan Iran, terlebih dahulu kita kembali ke zaman silam untuk meninjau kembali sejarah, iaitu pengasas agama dan fahaman Syi`ah adalah sebenarnya orang-orang Yahudi yang telah memperalatkan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi yang berasal dari Yaman untuk mengasaskan fahaman ini di zaman Kalifah Uthman bin `Affan.
Dia telah menamakan dirinya dan para pengikutnya Syi`atu Ali (penyokong Ali) bagi tujuan mengaburi orang-orang Islam. Hal ini telah diakui oleh al-Kasysyi, seorang tokoh Syi`ah di dalam kitabnya Ma`rifah al-Naqilin `An Ai’immah al-Sadiqin atau lebih dikenali dengan Rijal Kasysyi. Katanya: “Sesungguhnya Ibn Saba’ ini seorang Yahudi kemudian memeluk Islam. Dialah yang mula-mula mengisytiharkan wajibnya menerima Imamah Ali.” Dari sinilah kita berpendapat asal usul fahaman Syi`ah dan Rafidhah diambil daripada ajaran Yahudi.
Ahli-ahli sejarah Sunnah dan Syi`ah sepakat bahawa Ibn Saba’ lah yang menyebabkan kekacauan di zaman Uthman dan dialah yang mencetuskan fitnah di kalangan umat Islam. Begitu juga al-Naubakhti menukilkan daripada al-Tusi bahawa Ibn Saba’ lah yang mula-mula sekali menyerang Abu Bakar, Umar dan Uthman.
Oleh itu kita tidak merasa hairan terhadap kerjasama antara Yahudi dan Iran dari segi bantuan dan persenjataan. Di sini kami kemukakan beberapa contoh kerjasama itu:
Syimitiz dari syarikat Balijiah (BRB) pada 2 Januari 1985 telah mendedahkan penjualan senjata Israel kepada Iran yang dianggarkan sebanyak 164 bilion dollar US dengan pertukaran minyak Iran.
Pada bulan Disember 1980 majalah berbahasa Perancis PBD telah mendedahkan bahawa sejak awal peperangan Iran-Iraq lagi Iran menerima senjata Israel. Akhbar al-Ra’y al-Am juga mendedahkan kenyataan ini ekoran meletupnya kapal terbang Argentina yang membawa senjata dari Tel Aviv ke Tehran melalui Qabras.
Akhbar al-Ra’y bertarikh 24 April 1988 melaporkan penjualan senjata Israel kepada Iran di sepanjang tahun 1980-1987 dan melaporkan daripada Perdana Menteri Israel, Syamir sendiri tentang bantuannya kepada Iran. Katanya: “Menjadi kewajipan kepada Israel menjaga hubungannya dengan kepimpinan ketenteraan Iran. Sesungguhnya peperangan yang berterusan melemahkan Iraq, musuh tradisi Israel. Peperangan itu menyebabkan lebih banyak lagi pembahagian negara-negara Arab”.
Sumber maklumat Perancis menegaskan sejumlah Yahudi Iran memasuki Palestin melalui Viena dengan nisbah 600 orang Yahudi setiap minggu. Dianggarkan bilangan Yahudi yang berpindah ke Amerika dan Palestin melalui Norway seramai 9000 sejak tahun 1983.
Simon Peres mempertahankan penjualan senjata Israel kepada Iran dan menyatakan bahawa Iraq lebih berbahaya daripada Iran.
Sekumpulan pegawai senjata udara Israel telah mengadakan kontrak dengan Tehran dengan gaji yang mencecah 10 000 dolar Amerika bagi setiap orang melalui Namrudi, pedagang senjata Yahudi yang merupakan atase tentara Yahudi di Tehran.
Pada 14 Febuari 1983, iaitu pada hari peringatan Khomeini mengambil alih pemerintahan, telah berlaku pertemuan yang mesra dan saling bertukar kucupan antara Rasfenjani dan rabai Yahudi Auril Davivy di bangunan majlis Syura. Rabai itu berkata: “Doktor-doktor dan tentera kita sekarang ini berada di barisan hadapan peperangan. Castro Nafin telah dipilih menjadi perwakilan Yahudi di Majlis Syura Iran. Dia menyatakan terima kasih kepada Iran sebagai mengingati kerjasama Parsi dan Yahudi di sepanjang sejarah.
Yahudi-yahudi Iran telah mendermakan 70 bilion riyal untuk kepentingan peperangan dengan Iraq.
Amerika dan Iran
Walaupun permusuhan yang dItunjukkan oleh Iran terhadap Amerika yang disifatkannya sebagai syaitan besar namun di sana ada hubungan yang erat dan mendalam antara Amerika dengan pemimpin-pemimpin Syi`ah sejak tahun 40-an lagi.
Di sana ada beberapa janji lama Amerika kepada mereka untuk mendirikan negara Syi`ah. Perjanjian-perjanjian ini diperbaharui ketika krisis Teluk yang terakhir kerana Amerika merasakan apabila tertegaknya sebuah negara Islam untuk Ahli Sunnah di salah sebuah negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria atau Iraq maka pasti pertubuhan-pertubuhan lain akan menyertainya. Ini akan mewujudkan bahaya besar terhadap Barat dan Israel. Justeru itu, menjadi kepentingan Amerika dan Israel untuk mendirikan Negara Syi`ah yang taksub seperti Iran untuk merealisasikan beberapa matlamat strategik untuk mereka dan juga Israel, antaranya ialah:
Mencurah sehabis-habisnya tenaga manusia dan material dalam siri peperangan antara Sunni dan Syi`ah sebagaimana yang berlaku antara Iran dan Iraq.
Menjadikan rantau Timur Tengah sebagai sumber utama industri senjata Amerika melalui peperangan-peperangan ini.
Menghalang penubuhan Negara Islam Sunni yang bersifat antarabangsa.
Mendorong Ahli Sunnah menyibukkan diri dengan Syi`ah supaya kedua-dua pihak mengabaikan kewujudan Yahudi di Palestin.
Menguasai sumber-sumber tenaga serantau seperti minyak dan lain-lain.
Memberi gambaran yang buruk kepada masyarakat umum tentang ketaksuban dan perpecahan orang-orang Islam. Dengan itu mereka dapat menghalang manusia dari jalan Allah. Di samping itu bagi memberi gambaran yang mengelirukan tentang Islam.
Antara bentuk-bentuk kerjasama antara Amerika dan Iran ialah berita yang dilaporkan oleh Agensi Berita Perancis tentang kapal terbang senjata Amerika yang tiba di Tehran pada 14 September 1985. Amerika juga menghantar serangan roket-roket Hawk dari bumi ke bumi dalam tempoh yang sama. Akhbar al-Dustur melaporkan bahawa Khomeini s>endiri yang mengarahkan supaya mengadakan hubungan baik dengan Amerika untuk mengurangkan kedudukan golongan sederhana di Iran.
Walaupun wujudnya tekanan luaran antara Iran dan Amerika namun Iran merupakan sumber kedua terbesar minyak bagi Amerika sebagai balasan kepada bantuan Amerika yang mengantikan kemusnahan yang dilakukan oleh Iraq.
Oleh itu kita tidak menafikan wujudnya skandal-skandal yang berlaku seperti Irangate yang mendedahkan kerjasama persenjataan dan strategi antara Iran dan Amerika.
tazkiyatun nafsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment