salam..
hati ini digoncang lagi..dengan perasaan..kerinduan..yang sentiasa menghantui diri..puas ku menolak..menepis dengan segala kekuatan yang dikurnikanNYA tapi hati ini masih berbicara..masih menantikan sesuatu yang xpasti..namun aku relakan jua..hati ini disakiti..
aku sendiri xmengerti..
kenapa.mengapa...aku rela bersabar begini..
namun akhirnya aku temui jawapan yang pasti...
aku rela kerana DIA..
kerana aku percayakan takdirNYA..
aku korbankan demi menjaga cinta ku pada NYA.
.aku rela kerana perasaan ini..
kerinduan ini..
juga kurniaannya..
untuk mnguji kehebatan dan kekuatan cintaku padaNYA..
aku betul2 xmengerti..
kenapa harus dia yang aku rindui...
kenapa harus dia yang aku sayangi...
kenapa aku ditemukan dengan dia yang tidak pasti ku miliki..
akhirnya aku relakan jua kerana ini semua takdir ilahi..
.untuk aku mengerti..
apakah erti kehidupan ini..
menguji cintaku pada ILAHI..
namun dalam hati ini..
aku sentiasa dirisik oleh suara2 yang ingin menjauhkan aku dariMU tuhan..
bisikan2 yang ingin membuat aku jauh dari ilahi..
bisikan yang menyeru cintakan duniawi...
tuhan..aku hamba yang kerdil lagi hina..
hanya ingin ku dambakan cintaku padamu ya ilahi..
ku bisikkan kata hati melalui coretan ini agar aku dapat menepis segala perasaan ini..dengan harapan agar Allah sentiasa di hatiku ini...amin..
ya allah ya tuhanku..jangan kau palingkan ku dari merinduiMU..dari mencintaiMU..
dari menyayangiMU..kerana...sasaranku hanya untuk menggapai redhaMU dan mengecapi syurgaMU..amin ya rabb...
121023
tazkiyatun nafsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment