tazkiyatun nafsi

..La TaHzaN..

Selalulah Mengingat Syurga Yang Luasnya Melebihi Langit Dan Bumi



“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

((QS. Asy-Syura: 20)



“Sekiranya dunia ini bernilai seperti sebelah kepak nyamuk sekalipun nescaya Allah tidak akan memberi seteguk air pun pada orang kafir tapi oleh kerana dunia ini tiada langsung nilai walau sebelah kepak nyamuk pun maka Allah memberinya kepada orang kafir dan orang yang melampaui batas”

(Riwayat Tirmidzi)



Jika selama di dunia ini anda menderita kelaparan, jatuh miskin, sentiasa dilanda kesedihan, menderita penyakit yang tidak kunjung sembuh, selalu mengalami kerugian atau diperlakukan secara zalim, maka ingatkan diri anda pada kenikmatan syurga yang lebih kekal abadi. Apabila anda benar-benar meyakini jalan ini dan mengamalkannya dengan benar, nescaya anda akan mampu merubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat.



Orang yang paling berakal adalah yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat dengan keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal abadi. Sebaliknya, manusia yang paling bodoh di dunia adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai segalanya: tempat dan tujuan akhir dari semua harapan. Kerana itu, tidak menghairankan bila anda melihat mereka adalah orang-orang yang paling gelisah ketika menghadapi suatu musibah dan paling mudah hanyut dalam penyesalan saat malapetaka meragut semua milik mereka.



Itu semua, tidak lain disebabkan mereka hanya memandang, memikirkan, mementingkan dan hanya berbuat segala sesuatu yang berkaitan dengan urusan kehidupan dunia yang sangat singkat, fana, dan tidak bernilai ini.



Bahkan, mereka seolah-olah tidak rela sedikitpun keceriaan dan kegembiraan mereka di dunia ini dikotori dan terusik oleh hal apapun. Padahal, seandainya mereka melepas tabir kesedihan yang menutupi hati mereka dan membuka penutup kebodohan yang menempel di mata mereka itu, nescaya mereka akan berbicara kepada jiwa mereka tentang masih adanya tempat tinggal yang kekal abadi (akhirat), pelbagai kenikmatan di dalamnya dan juga tentang istana-istananya yang megah.



Lebih dari itu, mereka juga akan sentiasa terdiam serius mendengarkan penjelasan-penjelas an wahyu Allah SWT tentang alam lain yang lebih kekal abadi. Dan sesungguhnya demi Allah alam itulah yang sebenar-benarnya tempat kembali yang layak untuk diperhatikan dan diraih dengan usaha yang keras.



Pernahkah kita merenungkan secara mendalam bahawa sesungguhnya para penghuni syurga itu tidak akan pernah sakit, tidak mungkin bersedih hati, tidak bakal mati, tidak pernah menjadi tua dan pakaian mereka tidak akan lusuh sedikitpun? Pernahkah kita menghayati wahyu Allah SWT yang menyatakan bahawasanya para penghuni syurga itu akan menempati istana-istana yang bahagian luarnya terlihat dari dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari luar?



Pernahkah kita mengingatkan diri kita dengan kebenaran berita Allah SWT yang mengatakan bahawa di syurga terdapat semua hal yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terdetik di dalam hati manusia?



Cubalah anda renungkan khabar Allah SWT yang menyatakan bahawa sebatang pohon di syurga tidak akan selesai dikelilingi oleh seorang pemandu kenderaan selama seratus tahun lebih. Ingatkan pula diri anda bahawa panjang sebuah khemah yang didirikan di syurga dapat mencapai tujuh puluh batu lebih, sungai-sungainya mengalir dengan deras, istana-istananya sangat indah dan megah, buah-buahannya tergantung rendah hingga mudah dipetik, mata airnya mengalir deras, takhta-takhtanya yang tinggi, gelas-gelasnya teratur rapi, bantal-bantal sandarannya tersusun rapi dan permadani-permadani nya terhampar luas.



Demikianlah, anda sepatutnya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa di syurga itu terdapat kesenangan yang sempurna, kegembiraan yang agung dan semerbak wangi yang membuai hidung. Dan penjelasan tentang semua keistimewaan syurga itu tidak akan habis dalam waktu sesingkat ini. Ini kerana di dalam syurga terdapat pelbagai keinginan yang pasti dikabulkan. Maka dari itu, mengapa kita sering lupa memikirkan semua itu dan berbuat segala sesuatu untuk meraihnya? Renungkanlah!



Apabila tujuan akhir dari perjalanan seorang manusia adalah tempat yang kekal abadi ini, nescaya setiap bencana akan terasa ringan, pelbagai beban kehidupan akan membuat mata tetap bersinar dan semua kesengsaraan hidup tetap dapat dijalani dengan riang hati.



Maka dari itu, wahai orang-orang yang merasa sedang dilanda kemiskinan, diliputi kesusahan dan dililit berbagai macam kesulitan, teruslah berbuat kesolehan. Dengan begitu, nescaya kalian akan tinggal di syurga Allah, berdekatan dengan-Nya dan sentiasa mensucikan nama-nama-Nya.



“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu”

(QS. Ar-Ra'd: 24)

p/s: sntiasala ikhlas dalam melakukan sesuatu..kerana pada keikhsasan itu trzahirnya niat..dan pada niat itu terhitungnya amalan...
ikhlas itu umpama semut itam di atas batu yg gelap di malam yang kelam..sush dilihat dgn pncaindera..apatah lagi dirasai dgn hati..namun...org yg snts dikasihi Allah ialah yg snts ikhlas dalam mlkukn sesua2 kebaikan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails