tazkiyatun nafsi

...Is3 PiLiHaN...

Kriteria isteri. Kadangkala kita meletakkan kriteria isteri yang hendak kita kahwini dengan cara ikut-ikutan. Kita lihat senior kita berkahwin dengan seorang perempuan yang sekian-sekian ciri-cirinya, kadangkala kita dengar kawan kita menetapkan dirinya untuk berkahwin dengan seorang perempuan yang sekian-sekian cirinya, kita terus sahaja menetapkan isteri kita juga sekian-sekian cirinya mengikuti ciri-ciri yang kita ikut dari orang lain.

Saya menyatakan kepada seorang sahabat saya: “Tidak semestinya, kriteria isteri yang ana tetapkan untuk diri ana, enta pun kena tiru kriteria yang sama”

Lain orang lain gayanya. Begitulah.

Isteriku dan isterimu, itu dua orang yang berbeza.

“Yang kena share, adalah kriteria yang utama sahaja”

Kriteria utama

Rasulullah SAW bersabda: “Wanita itu dinikahi atas empat perkara: yakni kerana hartanya, kerana kecantikannya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama nescaya kamu akan beruntung” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Kelihatan di sini ciri utama yang telah Rasulullah SAW jelaskan.

Wanita yang beragama. Yakni wanita yang memegang Islam sebagai cara hidupnya. Wanita yang taat kepada Allah dalam perjalanannya. Itulah dia kriteria utama.

Dan kriteria ini sepatutnya dikongsi bersama kita.



Kriteria cabang

Kelihatannya, Rasulullah SAW juga menyebut akan harta, kecantikan dan keturunan. Tetapi Rasulullah SAW tidak pula mengarahkan kita mencari isteri dengan perkara-perkara itu sebagai sebabnya.

Tetapi apakah perkara-perkara itu tidak penting?

Di sinilah kita melihat kembali. Tidak semestinya isteri berharta, menjadi satu ciri penting bagi si A. Tetapi mungkin ia adalah ciri penting bagi si B. Bapa mertua lemah lembut, penyayang, mungkin ia menjadi satu ciri penting bagi si A. Tetapi mungkin ia tidak menjadi kepentingan kepada si B. Isteri cantik, mungkin penting bagi si A tetapi mungkin tidak penting pula buat Si B. Isteri seorang yang hebat, pandai, boleh memberikan motivasi dan melakukan banyak aktiviti, mungkin tidak penting bagi si A, tetapi mungkin amat penting bagi Si B.

Begitulah dia. Kriteria-kriteria cabang yang tidak dikongsi hakikatnya.

Isteriku dan isterimu, adalah dua manusia yang berbeza. Aku dan kamu, juga dua manusia yang berbeza. Dari segi keperluan hidup, mungkin sahaja berbeza. Maka kita mencari isteri, pasangan hidup yang bersesuaian dengan kita.
Namun satu perkara yang kita kongsi bersama adalah Aqidah dan cita-cita kita hendak ke syurga Allah SWT. Maka kriteria utama: Bergama, itulah kriteria yang wajib kita kongsikan.

Maka tidak perlu terkinja-kinja membandingkan kriteria untuk isteri kamu dengan kriteria yang aku tetapkan untuk isteriku. Kamu mengenali dirimu dan faham apa yang kamu perlukan dalam hidupmu. Semestinya kita memerlukan Islam dan Allah SWT dalam kehidupan kita. Itu satu perkara yang kita kongsikan bersama. Tetapi keperluan lain, kemungkinan kita berbeza.



Prinsip diri dan ikut-ikutan

Kadangkala, kita lihat isteri orang lain, lebih-lebih lagi isteri orang yang kita kagumi, itu membuatkan kita kehilangan prinsip diri.

“Nak sama macam itu juga” Dan di manakah di dunia ini, mempunyai dua manusia yang serupa? Mempunyai kelebihan dan potensi yang serupa? Sukar untuk kita jumpa.

Pernah sekali saya ditegur Abah: “Jangan letak kriteria itu sampai tahapnya mengalahkan bidadari. Menyusahkan diri dan menyusahkan orang lain nanti”

Dan pesanan itu amat benar apabila saya melihatnya semula dewasa ini. Mujur saya sedar di tengah jalan. Kalau tidak, tak terjumpa lah Si Bintang Hati.

Kenali diri, dan nyatakan pada diri apa yang dia perlukan. Bukannya mengikut-ikut keperluan orang lain. Apatah lagi hendak mengikut-ikut rezeki dan jodoh orang lain. Sedangkan jodoh dan rezeki itu, ditetapkan oleh Allah SWT.
Maka punyailah prinsip diri. Prinsip sederhana yang tidak membebankan.

“Ana mana boleh nak cari isteri hebat-hebat? Yang hafal Al-Quran 30 juzu’, yang bawak usrah, dan sebagainya? Kalau ana dapat pun, tak mampu ana nak pimpinnya”

Maka mengapa mengkusutkan diri?

Asasnya adalah beragama. Bukanlah 30 juzu’ itu syarat beragama. Bukanlah bawak usrah itu syarat beragama. Bukanlah ketua pelajar ke, pelajar terbaik universiti ke, syarat beragama.

Beragama ini dalam erti kata: Dia tidak menyukai kemungkaran, dan sentiasa teruja serta berusaha hendak meletakkan dirinya berada di dalam kebenaran.

Mengapa menyukarkan diri?



Islam tidak membebankan. Hanya menjaga manusia

Sebab itu, apabila dilihat semula, Rasulullah SAW tidak menekankan keturunan. Baginda tidak menekankan wajah cantik. Baginda tidak menekankan harta benda.

Islam tidak mahu membebankan. Bukan membebankan lelaki sahaja. Bahkan perempuan juga.

Ada sahaja perempuan wajahnya tidak cantik. Dan lelaki yang tidak hensem pun mungkin mendapat kesukaran untuk beristeri cantik. Ada sahaja perempuan tidak berharta. Dan lelaki yang tidak berharta pun mungkin mendapat kesukaran untuk beristeri yang punya harta. Dan ada sahaja perempuan yang keturunannya bukan keturunan yang baik, tetapi dirinya, yakni diri perempuan itu solehah, baik dan terjaga. Apakah mereka ini ditinggalkan? Dan apakah lelaki yang berketurunan tidak baik, tetapi dirinya itu baik, tidak layak berkahwin dengan perempuan berketurunan baik?

Tetapi mengapa disarankan agar memilih yang beragama?

Untuk maslahat diri di dunia dan di akhirat.

Yang beragama tidak akan menyimpang. Maka selamat keluarga.

Yang beragama tidak akan beremosi liar. Maka selamat keluarga.

Yang beragama akan mendidik anak dengan syara’. Maka selamat keluarga.

Dan banyak lagi. Dan selamat-selamat yang dinyatakan tadi, selamatnya dunia dan akhirat.
Islam tidak sesekali membebankan. Tetapi ia menjaga manusia agar mencapai hakikat kebahagiaan.

Hilal Asyraf
http://ms.langitilahi.com/
copy from: abu hanifah's fb::http://www.facebook.com/notes/abu-hanifah/isterimu-dan-isteriku-renungan-bersama-/148035578579583?ref=notif¬if_t=note_reply

::WaNitAkU::

Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;¿kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."
Related Posts with Thumbnails