tazkiyatun nafsi

amalan penghapus dosa

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu `Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah.Assalamualai kum w.b.t.h..salam syukur,salam tarbiyah,salam sayang..salam perjuangan..
Apa khabar iman sahabat-sahabat sekalian? Apa khabar rohani anda hari ini? Apa khabar jiwa rakan-rakan sekalian?


Sayanglah kiranya hati ini sunyi sepi ibarat tanah yang gersang tanpa setitis airmata, tandus tanpa dibajai dengan zikrullah & rosak tanpa kunjungan Rahmat Allah.. Ditambah pula akaun dosa yang semakin bertambah dan menggunung tinggi.

Alhamdulillah, syukran ya Rabb.. harini ana berkesempatan menghadiri kuliah maghrib yg disampai oleh Ustaz. Didalam kuliahnya ustaz ada menceritakan mengenai suatu kisah seorang hamba Allah dihari penghitungan amal, telah membawa amalan solehnya untuk ditimbang (amalan solat sunat,fardhu, sedekah,zakat, dll) telah dilhat oleh Allah s.w.t..

Namun seorang demi seorang dari hari penghitungan amal itu menuntut hak-hak mereka dari hamba Allah yg soleh ini. Tanpa disedari akibat dari mengumpat,fitnah, ghibah dll telah menyebabkan kesemua amalan baik hamba Allah ini kehabisan diberikan kepada orang yang menuntut hak mereka.

Pahalanya sudah habis,tetapi masih ramai lagi yang menuntut hak. Allah mengambil dosa-dosa orang yang menuntut hak lalu diberikan kepada Hamba Allah yg soleh ini.

Pahalanya sudah habis,dosa pula semakin bertambah dimuka pengadilan perhitungan amal.
Hamba Allah ini telah menjadi orang yang paling muflis diakhirat.. Kita pula bagaimana?



Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. ana berpeluang untuk meminjam sebuah Kitab dari Pepustakaan tempat ana belajar. Sebuah Kitab yang bertajuk " 40 Amal penghapus Dosa"..
Mari kita amalkan agar tidak menjadi orang yang paling muflis diakhirat..
Diantara amalan untuk menghapus dosa adalah seperti berikut :


1. BERTAQWA KEPADA ALLAH

"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan nya dan akan membesarkan pahala balasanya" (At-talaq:5)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah,nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah,dan menghapus kesalahan-kesalahna n kamu,serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (Sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar" (Al-anfal:29)


2.MENGIKUT RASULULLAH SAW

"Katakan (wahai muhammad) :"jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ingatlah,Allah maha pengampun lagi maha mengasihani. " (Ali Imran:31)


3.MENJAUHI DOSA-DOSA BESAR

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil)kamu,dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)" (An nisa : 31)
4.IMAN DAN AMAL SOLEH

"Dan ingatlah sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai,mereka kekal didalam selama-lamanya, yang demikian itulah kemenangan yang besar." (At taghabun:9)


5. AMAL KEBAIKAN MENGHAPUS DOSA

Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila engkau mengerjakan perbuatan yang tidak baik,maka ikuti dengan amalan yang baik supaya ia menghapuskannya. "

6.MEMAAFKAN ORANG LAIN

"dan segeralah kamu kepada amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari tuhan kamu,dan syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa,iaitu orang yg mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,dan orang yg menahan kemarahannya, dan orang-orang yg memaafkan kesalahan orang .Dan ingatlah Allah mengasihi orang-orang yg berbuat perkara-perkara yang baik" (Ali Imran : 133-134)

7.MENYAYANGI BINATANG

"Tidaklah seorang muslim yang menuangkan gandum untuk makanan kudanya kemudian dia mengacaunya, melainkan Allah menulis baginya satu kebaikan untuk setiap biji gandum"

8.MUSIBAH MENGHAPUS DOSA

dari aisyah berkata Nabi s.a.w. bersabda

"tidak ada satu musibah pun yg menimpa seorang muslim kecuali Allah menghapus dengannya dosa-dosanya, sampai pada duri yg menusuk " (HR AL-BUKHARI)

DARI jabir bin abdullah diriwayatkan bahawa Rasulullah menemui Ummu saib lalu berkata

"wahai ummu saib kenapa kamu merintih?Jawab ummu saib: "aku sedang deman,semoga Allah tidak memberkahi demam" Rasulullah bersabda "Jangan kamu mencela deman,kerana ia dapat menghilangkan dosa manusia sebagaimana pandai besi menghilangkan karat besi (HR MUSLIM)


9. AIR WUDUK DAN SOLAT MENGHANYUTKAN DOSA

dari abdullah bin mas'ud,dia berkata:"sesungguhn ya ada seorang lelaki mencium wanita
(bkn isterinya) lalu ia datang kpd Rasulullah s.a.w. dan menceritakan kejadian tersebut,maka turunlah firman Allah

" dan dirikanlah sembahyang(wahai muhammad) dan engkau dan umatmu) pada dua bahagian siang (pagi petang) dan pada waktu -waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam.sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan. perintah -perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. (HUD : 114)

MAka lelaki tadi berkata : "wahai Rasulullah,apakah ayat ini diperuntukkan bagiku?" jawab Rasulullah "bagi siapa sahaja dari umatku yang melakukannya (HR . Al Bukhari)

copy from: remaja masjid group

ketawa...

KETAWA TERAPI KANSER

Dr Alvin Chang berkata:

Pesakit barah kini digalakkan melakukan terapi ketawa untuk mengurangkan tekanan akibat kesengsaraan menghidapi penyakit itu,

Beliau berkata beberapa kajian mendapati terapi ketawa mampu mengubati penderitaan pesakit kanser kerana ketawa dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan penghidapnya.

"Bila anda membuat seseorang gembira, ia seperti mekanisme semulajadi di dalam badan. Sistem imun akan meningkat.

"Sekarang ini ada banyak teori mengatakan, sebab mengapa orang tertentu mengidap jenis kanser tertentu kerana sistem imun tubuh mereka yang lemah akibat hidup tertekan,"

Dr Chang, yang juga doktor sukarela di Yayasan Cancerlink, berkata terapi itu dilakukan oleh pakar bidang ketawa dalam usaha memulihkan pesakit kanser.

Ditubuhkan pada 1986, Yayasan Cancerlink bertujuan memberi sokongan emosi, praktikal dan maklumat kepada pesakit-pesakit kanser serta anggota keluarga dan rakan mereka.

Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada kesakitan dan penyakit kanser.

Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekaligus memberikan satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada mereka yang sentiasa bersedih.

"Life is short and sweet, so make others happy and never let anyone down"

Walaubagaimanapun berguraulah dan ketawalah pada kadarnya. jgn sampai dikategorikan melampau sdhlah. sebolehnya kite cubelah tiru cara bergurau n ketawa Rasulullah.di bawah ni ada sedikit info berkenaan ketawa menurut Islam. semoga bermanfaat pasa diri saya dan semua, insyaAllah.. ..

1) Ketawa Rasulullah SAW:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Daripada Aisyah r.a., katanya: "Saya sama sekali tidak pernah melihat Rasulullahs. a.w. dalam ketawa itu bersangatan sehingga terlihat anak tekaknya, hanyasanyaketawa beliau s.a.w. itu adalah tersenyum. (Muttafaq 'alaih)

Abdullah bin Harits menyebut: "Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum melebihi Rasulullah."

Beberapa sahabatnya pernah berkata ":Ketawa segala Nabi ialah tersenyum,
tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak. "

Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan
gigi tanpa bersuara kuat.

2) Gurauan Rasulullah:

Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.

* Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,


"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.

"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.

"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.

"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".

"Ia tidak mampu".

Para sahabat yang berada di situ berkata,

"bukankah unta itu juga anak unta?"

* Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,


"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu" .

"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.

Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".

"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah semua mata ada warna putih?" kata suaminya.

* Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,


"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "

Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,

Serta kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka sentiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya". -(di dalam Syurga kelak)

Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.

3) Ketawa berlebihan tanda munafik :

Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud. Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud : Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak. (Surah at-Taubah, Ayat 82).Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan. Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.

4) Ketawa membuatkan hati mati dan hilang seri wajah:

* Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati. Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi

* Dalam hadis lain, Rasulullah mengingatkan kita jangan banyak ketawa dengan sabda Baginda yang bermaksud: Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita. Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif daripada yang positif.

..a!r maTa...

Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !

mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..

Masihkah anda ingat? Bilakah kali terakhir anda menitiskan air mata. Tidak kiralah, anda menangis kerana kegembiraan atau disebabkan hal-hal sedih yang membuatkan air mata tidak dapat disekat-sekat lagi..

Renung-renungkanlah ...

wanita..jgnla kau beralasan lagi..

السلام عليكم
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Seringkali, umat kufar tak suka & menghina muslimah yg bertudung/jilbab, bahkan selalunya mereka berlaku tak adil pada muslimah itu, meski di kerajaan/negeri dengan mayoriti Islam.

Ada pulak Islam Liberal, dengan mengaku muslim tapi membenci Islam, mengatakan jika tudung/jilbab itu tak wajib, rambut itu bukan aurat, demi kebebasan wanita, hak azasi dan hal lainnya.

Kita tak payah risau dengan segala celaan orang yg mencela, kerana dia orang kufar lah yg tak membaca alkitab christian mereka dengan hati kecil mereka yg jujur.

Jika tudung benar, apa buktinya???
Jika tudung salah, apa buktinya???

Tudung/jilbab pun diwajibkan oleh alkitab christian. Sy cakap seperti ini bukan menurut hati sy, tapi sy selalunya cakap dengan BUKTI TERKUAT, yaitu dari kitab masing-masing agama kerana kitab itu diakui "katanya" sebagai perkataan TUHAN.

Tudung muslimah pun diwajibkan oleh alkitab christian.

1 Korintus 11:5 Tetapi tiap-tiap perempuan yang berdoa atau bernubuat dengan kepala yang tidak bertudung, menghina kepalanya, sebab ia sama dengan perempuan yang dicukur rambutnya.

11:6 Sebab jika perempuan tidak mau menudungi kepalanya, maka haruslah ia juga menggunting rambutnya. Tetapi jika bagi perempuan adalah penghinaan, bahwa rambutnya digunting atau dicukur, maka HARUSLAH IA MENUDUNGI KEPALANYA.

11:7 Sebab laki-laki tidak perlu menudungi kepalanya: ia menyinarkan gambaran dan kemuliaan Allah. Tetapi perempuan menyinarkan kemuliaan laki-laki.

11:8 Sebab laki-laki tidak berasal dari perempuan, tetapi perempuan berasal dari laki-laki.

11:9 Dan laki-laki tidak diciptakan karena perempuan, tetapi perempuan diciptakan karena laki-laki.

11:10 Sebab itu, PEREMPUAN HARUS MEMAKAI TANDA WIBAWA DI KEPALANYA oleh karena para malaikat.

11:11 Namun demikian, dalam Tuhan tidak ada perempuan tanpa laki-laki dan tidak ada laki-laki tanpa perempuan.

11:12 Sebab sama seperti perempuan berasal dari laki-laki, demikian pula laki-laki dilahirkan oleh perempuan; dan segala sesuatu berasal dari Allah.

11:13 Pertimbangkanlah sendiri: PATUTKAH PEREMPUAN BERDOA KEPADA ALLAH DENGAN KEPALA TIDAK BERTUDUNG?

Ayat diatas diambil dari surat pertama Paulus kepada jemaat di korintus.
Tapi ajaran yg sudah hilang, ditinggalkan & tak diikuti lagi oleh ummat terdahulu, dimurnikan lagi oleh ALLAH dalam Qur'an:

Qs.33 Ahzab:59. Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya KE SELURUH TUBUH MEREKA". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Qs.24 Nuur:31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Qs.24 Nuur:60. Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Bijaksana.

Qs.7 A'raaf:26. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

Dan kenyataannya, ummat Islam-lah yang mengamalkan kewajiban tersebut sehingga masa ni. Lalu, jika tudung/jilbab diwajibkan oleh alkitab christian, mengapa mereka membenci muslimah bertudung?

Bagi saudari muslimah yg belum bertudung, mari kita bertudung, apa mau ditunggu lagi??? Ramai muslimah cakap belum siap, masih merasa tak baik, dan lainnya. Jika kena tunggu baik, maka sampai mati pun tak kan pernah merasa baik kerana manusia akan selalu merasa berdosa kerana kesilapan di masa lalu, kita ni manusia memiliki nafsu, bukannya malaikat yg selalu berbuat benar kerana tak ber-nafsu.

Dan bagi saudari muslimah yg sudah bertudung, mari perpaiki tudung kita dengan MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADA & MENGULURKAN KERUDUNG KE SELURUH TUBUH seperti yg perintahkan oleh ALLAH (bukan diperintah oleh manusia) dalam Qur'an.

Bagi saudari yg tudungnya sudah baik, mari kita ajak sekitar kita, rakan & saudari kita untok bertudung sahaja dahulu. Untok awal pertama, tak payah menutupi dada pun tak apa. Semua kena dilakukan bertahap, pelan-perlahan.

Secara logic pun seharusnya mereka berfikir, Ibunda Nabi Isa AS pun selalu digambarkan dengan bertudung, kenapa mereka tak ikuti suri tauladan yg dicontohkan oleh Ibu "Tuhan"???

Seumur hidup sy belum pernah tengok Bunda Maria tak bertudung, musti dan selalunya digambarkan guna tudung. Sy heran... ^_^

Perempuan ialah godaan iblis yg termasok besar sangat. Ditengok dari segi akhlak & sopan santun pun, setan lagi mudah & senang menggoda melalui wanita.

Dengan menggunakan tudung/jilbab, maka akan menjaga pandangan para bapak-bapak, anak-anak kecil & dewasa.

Bayangkan sahaja jika perempuan dengan baju ketat, pinggang nampak sangat,pantat bergoyang sana goyang sini,betis putih mulusss, paha menggoda... wow... @_~

Menurut Nabi Isa AS, melihat sahaja sudah termasok zinah:

Matius 5:28 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya.

Tudung/jilbab justru untok meninggikan derajat wanita & menjaga keselamatannya. Pernah tengok kah ada lelaki hidung belang menggoda muslimah bertudung baik?

tapi jika ada perempuan dengan pusar nampak, punggung pun terlihat, belahan dada menyembul... wow... @_~... ini wajib dikejar... dirayu... disentuh sikit... jika tak marah, diraba... lalu digandeng, jika masih tak marah, direngkuh. Dan bukan tidak mungkin jika dirogol atau diperkosa!

Untok soalan perkosa ini, sebetulnya ramai pulak ayat tentang perkosa dalam alkitab christian, tempo hari sudah dibuka "sikit" oleh saudara Luqman... ^_^ ... 350 ayat! Insya ALLAH kita kena bahas lain masa.

Sekarang ni, mari kita tengok soalan tudung sahaja.
Ini buktinya jika wanita berjilbab itu justru dilindungi & diangkat derajat:

1 Korintus 11:10 Sebab itu, PEREMPUAN HARUS MEMAKAI TANDA WIBAWA DI KEPALANYA oleh karena para malaikat.

QS.33:59.Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, KARENA ITU MEREKA TIDAK DIGANGGU. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kita sebagai orang timur yg ramai beragama muslim, tentu tak pantut jika kita tak jaga sopan santun. Dan jika kita berbicara akhlak & sopan santun, maka tak boleh menurut manusia / sekumpulan manusia.

Kenapa? kerana akhlak sekumpulan manusia setempat sini tak sama dengan tempatan lain.

Saya bagi contoh sahaja: Seorang perempuan, tak bagus akhlaknya jika ia datang ke rumah kepala kampong dengan menggunakan bikini sahaja. Akan tetapi di negara barat, ada ramai tempat yg kita tak boleh mengenakan kain selembar pun ditubuh, jika tak telanjang, maka tak boleh masok ke tempat-tempat itu.

Itu budaya yg justru merendahkan kaum wanita, tapi mengapa justru mereka yg fitnah Islam membatasi Hak Azasi wanita dengan jilbab? Padahal itu ialah budaya yg tak tahu malu & tak ber-adab!

Jadi akhlak & sopan santun itu menurut agama, bukan menurut orang atau sekumpulan orang, kerana budaya setempat tak sama dengan budaya tempatan lainnya.

Tudung... atau Jilbab...
Jika memang benar, apa buktinya?
JIka memang salah, apa buktinya?

Dan... ISLAM TERBUKTI BENAR...!!!

Macam mana dengan para christian?
Apakah masih meng-ingkari ayat WAJIB bertudung dalam alkitab di tangannya sendiri???
-------------------
Janganlah ber-ibadah cuma untok diri sendiri sahaja, sedang ramai disekitar kita berkata "Semua agama itu baik", "Semua agama itu benar".

Sila copy paste & yg paling utama ialah menyebarkan & bagi tahu rakan + saudara lain guna email, picture post, wall post, TAG picture dan semua cara kena diguna untok menyebarkan PEMBUKTIAN ISLAM IALAH SATU-SATUNYA AGAMA YG BENAR.

Tolong jemput/undang rakan + saudara di bawah gambar daripada page ini agar ramai orang saling ingat meng-ingati sesama insan:

http://www.facebook.com/pages/-ISLAM-TERBUKTI-BENAR-/298400792751?v=info

hukum tepuk tangan??

Pengarang kitab حفل الزفاف في الفقه الإسلاميberkata:

Sesungguhnya tepuk tangan bila dilihat dari segi hakikatnya adalah suatu perbuatan manusia yang biasa. Hukumnya berdasarkan faktor kepada perbuatan tepuk tangan itu dilakukan. Sesiapa yang bertepuk tangan kerana untuk memberi peringatan maka perkara tersebut adalah harus.

Pengarang ini merujuk kepada sebuah buku dalam mazhab Syafie iaitu kitab حاشية الشبراملسي . Bila dilihat dalam kitab tersebut ada dinukilkan dari kitan فتح الجواد karangan Imam Ibnu Hajar Haitami:

"Diharuskan tepuk tangan dengan kedua tapak tangan sekalipun ditujuan untuk bermain-main, sekalipun ia dianggap sebagai bentuk nyanyian."

TEPUK TANGAN KETIKA MENDENDANGKAN LAGU

Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan masalah ini:

PENDAPAT PERTAMA: Haram tepuk tangan ketika mendendangkan lagu. Ini adalah pendapat Mazhab Hanafi dan sebahgian ulama Syafie.

PENDAPAT KEDUA: Makruh tepuk tangan ketika mendendangkan lagu. Ini adalah pendapat utama dalam mazhab Syafie dan pendapat mazhab Maliki.

DALIL PENDAPAT PERTAMA:

1. Firman Allah swt:

وما كان صلاتهم عند البيت إلا مكاء وتصدية
" Cara ibadah dan solat orang-orang musyrikin di sekeliling ka'bah hanyalah dengan bersiul dan bertepuk tangan." (35 : al-Anfal)

Bentuk pengambilan dalil:: Bertepuk tangan adalah dari perbuatan orang-orang musyrik. Orang bertepuk tangan meniru perbuatan orang-orang musyrikin.

2. Bagi orang lelaki dilarang kerana ia menyerupai perbuatan wanita dalam solat. Nabi saw bersabda:


إنما التصفيق للنساء
"Tepuk tangan dalam solat (untuk menegur imam) hanyalah untuk perempuan." (Hr Bukhari dan Muslim)


JAWAPAN KEPADA TERHADAP DALIL

1. Jawapan terhadap pendalilan yang pertama adalah: Ayat ini menunjukkan pengharaman dan larangan beribadah dengan bertepuk tangan. Ia bukan pengharaman tepuk tangan di luar ibadah.
2. Jawapan kepada pendalilan yang kedua adalah: Hadis ini mengkhusukan tepuk tangan untuk wanita dalam solat sahaja.

KESIMPULAN

Hukum bertepuk tangan adalah mengikut kepada sebab bertepuk tangan. Ianya ada 4 seperti berikut:

1. TEPUK TANGAN DALAM SOLAT BAGI WANITA UNTUK PERINGATAN: Para ulama bersepakat ianya disyariatkan.

2. TEPUK TANGAN UNTUK IBADAT SEPERTI DALAM SOLAT, ZIKIR DAN TAWAF: Ianya dilarang berdasarkan ayat Quran yang telah lepas.

3. TEPUK TANGAN UNTUK NYANYIAN: ada yang mengharamkan dan ada yang memakruhkan. Apa yang difatwakan Dr Yusuf Qardawi dalam kitab فقه اللهو والترفيه adalah harus hukumnya kerana tidak ada dalil yang melarangnya.

4. TEPUK TANGAN UNTUK MEMBERI SEMANGAT ATAU RASA KAGUM: Ini juga dibenarkan kerana ia diperlukan. Pengarang kitab الموسوعة الفقهية الكويتية mengatakan:


" Tepuk tangan di luar solat dan khutbah adalah diharuskan sekiranya untuk keperluan yang dibenarkan syara' seperti minta izin untuk masuk, memberi peringatan, mengelokkan persembahan nasyid atau wanita yang bermain dengan kanak-kanak. "

Rujukan:

1. Fiqhul Lahwi wat Tarwih oleh Dr Yusuf Al-Qaradawi
2. Haflu Zafaf fil Fiqh Islami oleh Rafiq Abd Aziz As-Sobbagh
3. Mausu'ah Fiqhiyyah oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama, Kuwait
4. Hasyiah Ali Syabramalsi ala Nihayatil Muhtaj
5. Sofwatul Tafasir oleh Muhammad Ali As-Sobuni

mail dari: remaja_masjid group.

..La TaHzaN..

Selalulah Mengingat Syurga Yang Luasnya Melebihi Langit Dan Bumi



“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

((QS. Asy-Syura: 20)



“Sekiranya dunia ini bernilai seperti sebelah kepak nyamuk sekalipun nescaya Allah tidak akan memberi seteguk air pun pada orang kafir tapi oleh kerana dunia ini tiada langsung nilai walau sebelah kepak nyamuk pun maka Allah memberinya kepada orang kafir dan orang yang melampaui batas”

(Riwayat Tirmidzi)



Jika selama di dunia ini anda menderita kelaparan, jatuh miskin, sentiasa dilanda kesedihan, menderita penyakit yang tidak kunjung sembuh, selalu mengalami kerugian atau diperlakukan secara zalim, maka ingatkan diri anda pada kenikmatan syurga yang lebih kekal abadi. Apabila anda benar-benar meyakini jalan ini dan mengamalkannya dengan benar, nescaya anda akan mampu merubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat.



Orang yang paling berakal adalah yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat dengan keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal abadi. Sebaliknya, manusia yang paling bodoh di dunia adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai segalanya: tempat dan tujuan akhir dari semua harapan. Kerana itu, tidak menghairankan bila anda melihat mereka adalah orang-orang yang paling gelisah ketika menghadapi suatu musibah dan paling mudah hanyut dalam penyesalan saat malapetaka meragut semua milik mereka.



Itu semua, tidak lain disebabkan mereka hanya memandang, memikirkan, mementingkan dan hanya berbuat segala sesuatu yang berkaitan dengan urusan kehidupan dunia yang sangat singkat, fana, dan tidak bernilai ini.



Bahkan, mereka seolah-olah tidak rela sedikitpun keceriaan dan kegembiraan mereka di dunia ini dikotori dan terusik oleh hal apapun. Padahal, seandainya mereka melepas tabir kesedihan yang menutupi hati mereka dan membuka penutup kebodohan yang menempel di mata mereka itu, nescaya mereka akan berbicara kepada jiwa mereka tentang masih adanya tempat tinggal yang kekal abadi (akhirat), pelbagai kenikmatan di dalamnya dan juga tentang istana-istananya yang megah.



Lebih dari itu, mereka juga akan sentiasa terdiam serius mendengarkan penjelasan-penjelas an wahyu Allah SWT tentang alam lain yang lebih kekal abadi. Dan sesungguhnya demi Allah alam itulah yang sebenar-benarnya tempat kembali yang layak untuk diperhatikan dan diraih dengan usaha yang keras.



Pernahkah kita merenungkan secara mendalam bahawa sesungguhnya para penghuni syurga itu tidak akan pernah sakit, tidak mungkin bersedih hati, tidak bakal mati, tidak pernah menjadi tua dan pakaian mereka tidak akan lusuh sedikitpun? Pernahkah kita menghayati wahyu Allah SWT yang menyatakan bahawasanya para penghuni syurga itu akan menempati istana-istana yang bahagian luarnya terlihat dari dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari luar?



Pernahkah kita mengingatkan diri kita dengan kebenaran berita Allah SWT yang mengatakan bahawa di syurga terdapat semua hal yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terdetik di dalam hati manusia?



Cubalah anda renungkan khabar Allah SWT yang menyatakan bahawa sebatang pohon di syurga tidak akan selesai dikelilingi oleh seorang pemandu kenderaan selama seratus tahun lebih. Ingatkan pula diri anda bahawa panjang sebuah khemah yang didirikan di syurga dapat mencapai tujuh puluh batu lebih, sungai-sungainya mengalir dengan deras, istana-istananya sangat indah dan megah, buah-buahannya tergantung rendah hingga mudah dipetik, mata airnya mengalir deras, takhta-takhtanya yang tinggi, gelas-gelasnya teratur rapi, bantal-bantal sandarannya tersusun rapi dan permadani-permadani nya terhampar luas.



Demikianlah, anda sepatutnya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa di syurga itu terdapat kesenangan yang sempurna, kegembiraan yang agung dan semerbak wangi yang membuai hidung. Dan penjelasan tentang semua keistimewaan syurga itu tidak akan habis dalam waktu sesingkat ini. Ini kerana di dalam syurga terdapat pelbagai keinginan yang pasti dikabulkan. Maka dari itu, mengapa kita sering lupa memikirkan semua itu dan berbuat segala sesuatu untuk meraihnya? Renungkanlah!



Apabila tujuan akhir dari perjalanan seorang manusia adalah tempat yang kekal abadi ini, nescaya setiap bencana akan terasa ringan, pelbagai beban kehidupan akan membuat mata tetap bersinar dan semua kesengsaraan hidup tetap dapat dijalani dengan riang hati.



Maka dari itu, wahai orang-orang yang merasa sedang dilanda kemiskinan, diliputi kesusahan dan dililit berbagai macam kesulitan, teruslah berbuat kesolehan. Dengan begitu, nescaya kalian akan tinggal di syurga Allah, berdekatan dengan-Nya dan sentiasa mensucikan nama-nama-Nya.



“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu”

(QS. Ar-Ra'd: 24)

p/s: sntiasala ikhlas dalam melakukan sesuatu..kerana pada keikhsasan itu trzahirnya niat..dan pada niat itu terhitungnya amalan...
ikhlas itu umpama semut itam di atas batu yg gelap di malam yang kelam..sush dilihat dgn pncaindera..apatah lagi dirasai dgn hati..namun...org yg snts dikasihi Allah ialah yg snts ikhlas dalam mlkukn sesua2 kebaikan
Related Posts with Thumbnails